Gene Hackman bersama isteri, Betsy Arakawa ketika masih sihat. Kini kematian mereka jadi misteri yang semakin menebal kerana versi berlainan pihak berkuasa dan doktor. - Kredit foto: Hola.com


ORANG mati hidup semula? Misteri terus menyelubungi kematian pelakon Hollywood Gene Hackman, 95, dan isteri, Betsy Arakawa, 65, yang memang sudah dianggap misteri.

Mayat pasangan tersebut dijumpai polis di dalam rumah mereka di Santa Fe, New Mexico, Amerika, pada 26 Februari 2025 bersama seekor anjing yang juga mati. .

Awalnya pasangan tersebut disyaki mati kerana keracunan gas karbon monoksida. Ada pula dakwaan mereka dibunuh. Pihak berkuasa Santa Fe kemudian mengesahkan pasangan tersebut mati bukan kerana keracunan gas.

Mereka juga tidak mati pada hari sama, tetapi selang seminggu. Arakawa dikatakan mati kerana penyakit ‘Hantavirus’ pada 11 Februari. Hantavirus ialah kombinasi pelbagai virus yang menyerang tubuh, menyebabkan sakit serius yang  membawa maut.   

Penyakit ini menyerang organ dalaman seperti paru-paru, serta merosakkan buah pinggang. Ia tidak disebarkan oleh manusia, tetapi oleh tikus. Ini termasuk kencing tikus, tahi tikus atau air liur tikus.

Hackman pula mati tujuh hari kemudian kerana masalah jantung yang serius, ditambah dengan masalah sakit Alzheimer.


Pada usia lanjut, hubungan mesra dan kasih sayang Hackman dan Arakawa tetap utuh. - Kredit foto: NBC News


Kini misteri kematian Hackman dan Arakawa semakin menebal. Walaupun pihak berkuasa menyatakan Arakawa mati pada 11 Februari 2025, seorang doktor, Dr. Josiah Child, mendedahkan Arakawa menelefon kliniknya pada 12 Februari, sehari selepas dia ‘mati’.

Dr. Josiah ialah mantan pakar di bahagian kecemasan di sebuah hospital dan kini menguruskan klinik sendiri, Pusat Kesihatan Cloudberry di Santa Fe. 

Pendedahan doktor ini menambah rumit episod kematian pasangan tersebut. Yang pasti, jika mayat ditemui beberapa hari dari tarikh mereka dikatakan mati, tentu mayat sudah membusuk dan sukar dikenali. 


Dr. Josiah Child mengesahkan Arakawa menghubungi kliniknya pada 12 Februari 2025, sehari selepas dia dikatakan mati. - Kredit foto: X (Twitter)


Menurut Dr. Josiah, Arakawa menghubunginya beberapa minggu sebelum ditemui mati untuk membuat janji temu melakukan imbasan ‘echocardiogram,’ atau mudahnya imbasan jantung, untuk Hackman.

Kata doktor itu, Arakawa bukan pesakitnya tetapi klinik Cloudberry dicadangkan kepada Arakawa oleh salah seorang pesakitnya. Arakawa juga membuat janji temu untuk dirinya sendiri pada 12 Februari 2025, tiada kaitan dengan masalah respitory (pernafasan) atau hantavirus.

Bagaimana pun pada 10 Februari Arakawa menelefon klinik membatalkan janji temu tersebut kerana suaminya tidak sihat. Pada pagi 12 Februari dia menelon semula dan doktor mencadangkan dia datang pada tengah hari berkenaan. Tetapi dia gagal hadir. 

Pihak klinik menghubunginya beberapa kali tetapi tiada jawapan.

Nampaknya keadaan makin kusut. Setelah koroner mengesahkan Arakawa mati pada 11 Februari 2025, dia dikatakan menelefon klinik Dr. Josiah pada 12 Februari. Mana satu betul, koroner atau doktor?


Pada usia 95 tahun memang sukar mengenali Hackman, pelakon popular Hollywood suatu ketika dahulu. Dalam gambar dia isteri, Arakawa bersiar-siar di kawasan Santa Fe, New Mexico. - Kredit foto: South China Morning Post


Menambah misteri, Dr. Josiah percaya kematian Arakawa bukan sebab hantavirus seperti dimaklumkan oleh pihak berkuasa. Ini kerana tiada tanda-tanda masalah pernafasan mencemaskan ketika dia menghubungi klinik pada 10 dan 12 Februari.

Pesakit yang menghidapi hantavirus biasaya akan dirawat di wad kecemasan akibat masalah pernafasan. Kegagalan pernafasan pula bukan tiba-tiba, tetapi mengambil masa beberapa hari. Oleh tu tidak mungkin Akawara mati secara mengejut.

Kematian Hackman dan Akawara akan terus jadi misteri sehingga pihak berkuasa mengetahui dengan tepat apa sebenarnya terjadi di sebalik misteri tersebut. - KitaReporters

10
10
0
5
0

Copy Link: