Video| Putera Harry tak 'mati' dikeji tak bahagia bersama Meghan! Terus promosi tiket Invictus Games!

Published by
KitaReporters


"MEREKA kata Putera Harry tidak gembira. Mata tidak boleh menyembunyikan perasaan itu. Tengok mata itu, menceritakan segala-galanya." 

Itulah kata seorang netizen Beverly Mundy dalam komen dalam Instagram The Duke and Duchess of Sussex ketika melihat gambar putera kedua mendiang Lady Diana itu sibuk mempromosikan jualan tiket untuk Invictus Games 2023 yang dibuka sekarang.

Dalam video itu, kelihatan Harry dan Meghan Merkel saling bertemu mata sebelum mula 'mengambil bahagian' dalam salah satu acara yang akan berlangsung dalam kejohanan sukan itu yang dijangka berlangsung pada 9 hingga 12 September 2023 di Düsseldorf, Jerman. 


Lagi



Acara Invictus Games diasaskan oleh Duke of Sussex itu. Tahun ini 2022, kejohanan di The Hague, Belanda telah disertai lebih 500 peserta dari 20 negara. 

Acara itu  bagi meraikan tentera lelaki dan wanita yang cedera atau jatuh sakit ketika dalam operasi dan sebagai cara terbaik untuk segera sembuh. 

Putera Harry dikatakan mendapat ilham daripada kejohanan cara Warrior Games di Amerika Syarikat yang  mempunyai kebolehan untuk membantu veteran tentera yang cacat mendapatkan kembali semangat secara psikologi dan fizikal. 



Invictus Games dalam bahasa Latin yang bermaksud tidak dijajah ('unconquered'), tidak dikalahkan (Undefeated) ditulis oleh William Ernest Henley pada 1875, menjadi detik usaha  keemasan bagi Harry dan Meghan terus mengukir nama dalam dunia korporat dalam usaha mereka berdikari selepas meletakkan jawatan sebagai kerabat diraja England pada Januari 2020 dan berpindah ke California.

Sejak keputusan itu dibuat, Harry khususnya Meghan terus dikecam oleh akhbar di United Kingdom dan kritikan itu seolah-olah dirancang dan disebarkan secara meluas di AS. Segala gerak geri pasangan itu diviralkan dalam usaha mengacau kehidupan mereka keluarga.

The Guardian yang memetik agensi media utama di AS melaporkan pasangan itu dikatakan diberi sambutan dingin dan ada pula media yang kritik supaya Meghan meninggalkan kesan trauma dilalui ketika menjadi keluarga diraja. 

Sesetengahnya lagi melaporkan Harry meninggalkan istana sebab 'takut bini' - Meghan dan kini dikatakan menyesal kerana tidak dapat menyesuaikan hidup bersama isterinya.



Malah Harry juga dikatakan menggunakan gambar-gambar lama mereka untuk dokumentasi terbaru mereka di Neflix, Harry&Meghan yang mula disiarkan pada 8 Disember 2022 lalu dan siri kedua 12 Disember. 

Dan dalam satu dokumentari itu, Harry memberitahu dia akan melakukan apa juga usaha untuk melindungi isteri dan dua anaknya, Archie dan Lilibet Diana.

New18.com melaporkan Raja Charles dilaporkan 'marah' dan mahu menghalang badan penyiaran berekenaan menghentikan tayangan itu kerana tidak mahu Harry-Meghan terus memburukkan Monarki Britain. 

Pasangan muda itu dikritik kerana menceritakan kehidupan keluarga diraja itu yang mendedahkan sistem hiraki dan segala kedukaan. Media juga menuduh pendedahan itu adalah perancangan jahat dan cerita ditokok tambah.



Mirror UK melaporkan ada media menjadikan keluarga Sussexes seperti “The Kardashians” yang mengejar kemashyuran.  Dokumentari Harry&Meghan itu dibuat selepas temu bual tergempar dengan Oprah sebaik mereka melepaskan gelaran kerabat diraja yang bekerja.

Tahun depan(2023), penerbitan memoir Harry, Spare mungkin menggelisahkan Raja Charles yang bakal naik takhta. Buku itu menjejaki kisah silam Harry bermula kematian Diana pada 1977, pembabitannya dalam operasi tentera, berkahwin dengan Meghan sehingga berpindah ke AS.

"Spare sebenarnya, lebih kepada mengenai kisah konflik diri Harry, ditulis secara telus dengan pencerahan  dan sangat berwibawa kerana cinta adalah kekuatan dan kasih sayang mengatasi kedukaan," kata penerbitnya. - KitaReporters


8
14
0
10
0

Copy Link: