DEWI Yulianti sebak menceritakan anaknya yang dilahirkan tanpa kelamin dan sering dihina serta dikeji oleh masyarakat setempat. - Kredit foto: Tribunnews.com


MENYAMBUT kelahiran cahaya mata pasti menjadi momen indah bagi pasangan suami isteri dan lebih indah jika kehadiran itu adalah anak sulung yang diibarat pengikat kasih sayang.

Namun bagaimana pula sekiranya kehadiran yang ditunggu-tunggu itu tidak normal seperti anak-anak lain pasti menyedihkan.

Kisah sama turut berlaku kepada pasangan Haryanto dan isterinya, Dewi Yulianti dari Sungai Landak, Gang Rupbasan, Cilincing, Jakarta Utara, Indonesia apabila dikurniakan seorang anak istimewa.


Lagi kisah menarik berkaitan anak istimewa

Dewi Yulianti menzahirkan rasa sedih dengan kehadiran cahaya matanya yang sering diejek. - Kredit foto: Tribunnews.com


Anaknya yang dinamakan AG itu dilahirkan dua tahun lalu dan 'hadir ' tanpa organ kelamin dan mempunyai 11 jari tangan.

Lebih malang kehadiran itu membuatkan si kecil itu menjadi mangsa hinaan dan cacian apabila masyarakat sekeliling sering memandang rendah kehadiran si kecil yang tidak bersalah.

Tribunnews.com melaporkan ketika ditemui di rumah Haryanto yang bekerja sebagai nelayan pada 25 November 2021, ibu muda berusia 23 tahun itu berkata, akibat keadaan kelahiran itu, AG sering dipandang serong oleh masyarakat di kampung kerana tidak mempunyai jantina sama ada lelaki atau perempuan.


 


Bukan setakat itu sahaja,  pelbagai andaian dan cercaan dilemparkan terhadap keluarganya yang mempunyai anak tidak seperti kanak-kanak lain itu.

"Saya adakalanya merasa sedih dan sering menangis apabila mengenangkan masa depan AG yang tidak mempunyai alat kelamin sejak dia dilahirkan.  

"Saya sendiri pun tidak tahu apa sebabnya atau apa salah saya dan dosa saya menyebabkan saya melahirkan AG tidak ada kelamin. Hati ibu mana yang tidak merasa sedih mendapat anak sebegitu,’’ katanya sambil menangis bila mengenangkan nasib anaknya pada masa akan datang.


Apa yang berlaku bukanlah kehendak Dewi Yulianti sebaliknya pasangan itu reda dengan ketentuan Allah. - Kredit foto: Tribunnews.com


Biarpun diberikan ujian berat oleh Sang Pencipta, namun Dewi Yulianti mengakui, dia dan suami reda anak keduanya dilahirkan dalam keadaan tidak normal.

Namun, ada ketikanya hatinya bergelora apabila mendengar tuduhan menyebabkan dirinya hilang sabar.

‘’Sebagai seorang ibu, tiada sesiapa pun mahukan anak yang dilahirkan dalam keadaan ganjil tanpa organ kelamin tetapi apa saya boleh buat kerana itu semua sudah ditentukan ke atas keluarga saya,’’ ujarnya.


Dewi mengakui dia kini reda dan lebih banyak mendiamkan diri apabila masyarakat bertanya mengenai anak istimewanya.


Namun kini, Dewi Yulianti mengakui dia sudah 'masak' dengan sikap penduduk sekeliling dan lebih suka mendiamkan diri apabila ada orang bertanya tentang AG.

‘’Kalau ada yang tanya hal-hal AG saya buat tidak tahu sahaja kerana saya sedih melihat anak saya yang nasibnya amat malang,’’ katanya.

Kongsi ibu muda itu, dia sedih melihat perkembangan anaknya yang tidak normal seperti anak-anak lain.

Lebih menyedihkan, anaknya sering menangis kesakitan ketika membuang air besar tetapi dalam masa sama dia bersyukur kerana AG dapat membuang air kecil secara normal.

Malah sebagai orang tua dia sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak kesayangannya supaya dapat membesar seperti kanak-kanak normal yang lahir walaupun dilahir sedemikian rupa.

Malah  dia berharap ada perubahan seperti dijanjikan pakar perubatan untuk menjalani pembedahan terhadap permata hatinya apabila meningkat usia nanti. - KitaReporters


RUMAH yang didiami sepasang suami isteri, Haryanto dan Dewi Yulianti dari keluarga nelayan di Sungai Landak, Gang Rupbasan, Jakarta Utara. - Kredit foto: Tribunnews.com

18
13
0
12
0

Copy Link: