Program Prihatin Ramadan! Nasib Orang Asli tidak dilupakan!
Published bySESUAI dengan kehendak Islam, semua umatnya dianjurkan saling membantu dalam membina kehidupan ummah terutama bagi meringankan beban hidup jika berlaku suatu keadaan terdesak yang tidak dijangka saperti keadaan sekarang berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). : KitaReporters
Pegawai Tadbir Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Hashim Muhamad menyampaikan bantuan barangan asas kepada salah seorang penerima dari Perkampungan Orang Asli Desa Temuan, Bukit Lanjan,Damansara Perdana melalui Program Prihatin Ramadan anjuran Badan Dakwah Daerah Petaling (PAID) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor di Pekarangan Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan. - Kredit foto: Badan Dakwah Daerah Petaling.
Tidak terkecuali bagi masyarakat Orang Asli di Selangor turut mengalami keadaan bebanan dan tekanan hidup kerana terpaksa mematuhi arahan tidak dibenarkan keluar rumah untuk bekerja berikutan perintah tersebut.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Badan Dakwah Daerah Petaling (PAID) telah mengatur satu aktiviti dikenali sebagai Program Prihatin Ramadan bagi membantu masyarakat Orang Asli di sekitar daerah itu yang menghadapi masalah bebanan ekonomi semasa PKP ini.
Sejumlah 400 individu Orang Asli dari Perkampungan Orang Asli Desa Temuan, Bukit Lanjan, Damansara Perdana; Perkampungan Orang Asli Bukit Bandaraya Shah Alam; Perkampungan Orang Asli Kampung Rasau Hulu; dan Kampung Rasau Hilir, Puchong terlibat dengan program yang banyak memberi faedah dan manfaat terutama dalam keadaan terdesak sekarang.
Salah seorang penduduk Orang Asli daripada Perkampungan Orang Asli Bukit Bandaraya Shah Alam (dua dari kiri) menerima sumbangan bantuan barangan makanan melalui Program Prihatin Ramadan yang disampaikan oleh Pegawai Pentadbir Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Hashim Muhamad di dewan kampung berkenaan. - Kredit foto Badan Dakwah Daerah Petaling.
Program yang dibahagikan kepada empat fasa itu dijalankan selama empat hari bermula pada 9 Mei 2020 dan berakhir pada 12 Mei 2020 dengan Pegawai Tadbir Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Hashim Muhamad dan Ketua Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Petaling, Muhamad Yusof Masran bersama para pegawai lainnya bertanggungjawab menjayakan pelaksanaan program.
Selain itu, Tok-Tok Batin, Majlis Permuakataan Ketua Ketua Kampung Orang Asli ( MPKKOA) dan Badan Pengerak Masyarakat Orang Asli sama-sama membantu menjayakan agihan bantuan berbentuk makanan asas termasuk beras, gula, tepung, minyak masak, sardin dan pelbagai kepada para penerima.
Dalam hantaran melalui media sosialnya, Badan Dakwah Daerah Petaling dan Jabatan Agama Islam Selangor menyatakan, program bantuan yang diadakan antara lain bertujuan mengeratkan silaturahim antara agensi tersebut dengan masyarakat Orang Asli khususnya yang beragama Islam selain membantu meringankan beban yang dihadapi sekarang.
Ketua Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Petaling, Muhamad Yusof Masran (kanan) menyampaikan sumbangan bantuan barangan keperluan asas di bawah Program Prihatin Ramadan kepada salah seorang penerima dari Perkampungan Orang Asli Rasau Hulu, Puchong. - Kredit foto: FB Badan Dakwah Daerah Petaling.
Melalui urusetia yang dibentuk bagi tujuan pengagihan barangan bantuan berjalan lancar, kerjasama diberikan oleh Tok-Tok Batin, MPKKOA dan Badan Pengerak Masyarakat Orang Asli pada empat-empat fasa Program Prihatin Ramadan berjalan dengan teratur dan berkesan, di samping memuaskan hati para penerima.
Kerjasama para penerima bantuan yang mematuhi penjarakan sosial di samping berbaris menunggu semakan pendaftaran sebelum bantuan disampaikan antara faktor acara sumbangan berjalan lancar.
Para penerima bantuan seharusnya berterima kasih terhadap bantuan di bawah Program Prihatin Ramadan anjuran PAID dan JAIS kerana sekurang-kurangnya dapat meringankan beban keluarga masing-masing disebabkan PKP.
Kepada Badan Dakwah Daerah Petaling inisiatif berkenaan wajar diteruskan selain masyarakat Orang Asli juga golongan lain yang memerlukan.
Tahniah kepada pegawai PAID dan JAIS yang melahirkan idea ini demi kepentingan dakwah di masa hadapan. - KitaReporters
Salah seorang penerima bantuan barangan keperluan asas di bawah Program Prihatin Ramadan anjuran Badan Dakwah Daerah Petaling (PAID) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS) melakukan semakan sebelum menerima barangan berkenaan. - Kredit foto FB Badan Dakwah Daerah Petaling.
Penerima bantuan barangan keperluan asas Program Prihatin Ramadan gembira menerima barangan itu daripada Pegawai Tabdir Pejabat Agama Daerah Petaling, Hashim Muhamad (bersongkok) pada satu majlis penyerahan yang berlangsung pada 10 Mei 2020. - Kredit foto: FB Badan Dakwah Daerah Petaling.
Sebahagian anggota urusetia yang menjayakan Program Prihatin Ramadan pada tahun 2020 ini. - Kredit foto: Badan Dakwah Daerah Petaling.