"KALAU adik aku, memang aku belasah sampai lunyai", "hell", "Anak derhaka". Itu antara respons yang dibualkan oleh netizen berikutan perbuatan seorang lelaki dewasa belasan tahun memukul, mengetuk serta menerajang seorang wanita tua dipercayai nenek kepada lelaki tersebut. : KitaReporters

Perkelahian kecil antara nenek dan cucu yang mendatangkan konflik keluarga


Lagi cerita-cerita berkaitan cucu:

https://kitareporters.com/search?search=cucu 


Rakaman yang berjaya direkodkan itu bukan sahaja menimbulkan amarah warga maya yang menontonnya malah mampu mengguris hati seorang ibu atau bapa apabila melihatkan perbuatan cucu yang biadap serta kurang ajar terhadap seorang tua.

Difahamkan lelaki tersebut tidak dapat menerima teguran dari seorang nenek, sekali gus bertindak agresif dengan mendatangkan kecederaan yang kritikal secara tiba-tiba.

Di manakah sifat perikemanusiaan terhadap orang yang lebih berumur daripada kita??

Jikapun mempunyai masalah dalaman yang bercelaru, pasti dapat menyelesaikannya dengan perbincangan yang baik dan mantap bukannya dengan kekerasan.


Tindakan biadap pemuda itu dikecam warga maya


Mana-mana ajaran pun mengkehendaki kita menghormati orang tua sebaik-baiknya. Dalam ajaran Islam sendiri memberitahu bahawa Tuhan memandang tinggi kepada setiap hambanya yang berkasih sayang dengan orang tua.

"Lu punya mak, lu lagi mahu lawan ka, sohai lu! Terlebih atau kurang kasih sayang. Lu punya mak lagi lu mahu balun ka boi, kasi kutip libas bontotnya la," antara komentar-komentar yang ditulis dalam media sosial.


Respons netizen


Walaupun rakaman tersebut dilakukan oleh entiti berbangsa Cina, sukar juga untuk memahami bahasa yang digunakan untuk mengetahui sejauh mana punca sebenar kejadian tersebut.

Namun netizen telah tersalah anggap kerana kejadian tersebut bukanlah melibatkan seorang anak dan seorang emak seperti yang dicanangkan. Sebenarnya itu adalah kejadian perkelahian antara seorang nenek dan cucu yang ganas.

Terdahulu video berdurasi 1:18 minit itu memperlihatkan pertelagahan seorang remaja dan seorang perempuan tua sekitar 60 tahun yang diselangi dengan tindakan di luar batas oleh pemuda dewasa berkenaan.

Pergaduhan mulut pada awalnya telah membuka langkah remaja tersebut untuk bertindak lebih agresif dengan mengetuk dan memukul wanita tersebut bertalu-talu.

Mujurlah pergaduhan itu dileraikan oleh salah seorang lelaki yang berhampiran pelaku tersebut namun ianya hanya berlarutan seketika sahaja sebelum diteruskan lagi dengan aksi menerajang dan aksi di luar duga ke dada mangsa.

Akhirnya dengan kudrat lemah wanita itu, nenek tua tersebut telah berpaling melutut ke hadapan tempat sembahyangnya dan meminta pertolongan dengan pohonan doa agar pergaduhan itu segera ditamatkan.

Nenek yang kecewa dengan cucunya segera meminta pohonan doa dari dewanya


Sedih! Berat mata memandang berat lagi mahu yang menikulnya

Bayangkanlah jika terjadi pada kita, kudrat seorang tua hendak melawan besar mana?? Hanya menangis dan meminta bantuan daripada Tuhan sahajalah!

Tabiat memerhati dan menularkannya bukanlah sesuatu yang wajar kerana bakal memberi malu dan aib pada keluarga jika tidak diselesaikan dengan aman.

Kesimpulannya dalam era moden hari ini kejadian-kejadian seperti ini semakin berleluasa dan dijadikan sebagai kelakuan yang diikut-ikut.


Orang berumur diperlakukan seperti kawan-kawan tanpa menjaga batas serta adab pergaulan antara yang tua dan muda.

Persoalannya di sini, bagaimanakah agaknya gambaran sebuah kelahiran yang merdeka?? Seperti apa, seperti inikah?? Renung-renungkan dan selamat beramal. - KitaReporters

14
3
21
6
92

Copy Link: