LAZIMNYA sikap seorang ibu adalah pembela setia kepada anak, apa sahaja perlakuan yang dibuat oleh anak pasti ibulah yang menjadi cepat ‘sejuk’ dan memaafkan perbuatan anak. Namun berbeza dengan seorang ibu di Rusia yang sanggup memukul anaknya sehingga mati gara-gara berang selepas mengetahui anak remajanya bermalam di rumah rakan sekolah. : KitaReporters


ALEXANDER Parakhnyakov yang meninggal dunia akibat dihentaman kuat menggunakan dumbell oleh ibunya sendiri. kredit foto VK.com


Lagi kisah-kisah menarik dan sedih berkaitan anak:

https://kitareporters.com/search?search=anak


Selalunya si bapa yang lebih tegas dan garang dalam mendidik anak. Kini keadaannya terbalik. 

Mungkin niat si ibu sebagai pengajaran kepada anaknya, namun perbuatan ganas Galina Morozova  dari bandar Astrakhan, selatan Rusia itu akhirnya bertukar menjadi tragedy pahit dalam hidupnya.

Memetik laporan Dailystar.co.uk, Galina pada awalnya berang dengan anak lelakinya berusia 12 tahun kerana sering bermalam di rumah rakan baiknya menyebabkan dia bertindak luar kawalan.


TINGGAL kenangan, Galina Morozova bersama anak lelakinya, Alexander Parakhnyakov. - Kredit foto: dailystar


Terdahulu dua beranak itu bertengkar mulut namun keadaan semakin membara apabila Galina bertindak memukul anaknya, Alexander Parakhnyakov menggunakan alat senaman, dumbbell beberapa kali.

Lebih mengejutkan anaknya terus meninggal selepas kesan hentaman kuat pada bahagian kepala.

Mengakui terkejut dengan perbuatan sendiri, ibu berusia 56 tahun terus bertindak menyembunyikan mayat anak lelaki tunggalnya itu di ruang bawah tanah di kediaman mereka.

Malah dia berpura-pura membuat hebahan mengenai kehilangan anaknya. Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Perbuatan terkutuk itu terbongkar selepas menyiasat menemui petunjuk mengenai misteri kehilangan remaja berkenaan. Lebih mengejutkan pihak penyiasat berjaya menemui mayat remaja tersebut yang dikebumi di ruang bawah tanah rumahnya.

Malah hasil siasatan menyeluruh Galina akhirnya mengakui perbuatan itu dilakukan olehnya sendiri secara bersendirian. 

DUMBELL yang digunakan oleh ibu Alexander untuk memukul mendiang selepas berlaku pertengkaran di rumahnya di bandar Astrakhan, Rusia. - Kredit foto: youngone.com


Tergamaknya sembunyi mayat anak sendiri!

Galina berkata tidak menyangka tindakan itu akhirnya membawa padah kepada mereka sekeluarga. Akibat terlalu marah menyebabkan dia hilang kawalan lalu memukul anaknya sepuas hati.

Jiran di kejiranan rumah pula terkejut dengan pendedahan itu kerana tidak menyangka Galina sanggup bertindak sedemikian kerana mereka menganggap dia seorang ibu yang bekerjaya dan sempurna selain memiliki perniagaan yang berjaya. - KitaReporters

1
1
6
0
0

Copy Link: