Mulianya hatimu Zam! Sanggup infak kenderaan kesayangan kepada Ustaz Firdaus demi jalan Allah
Published byMEMILIK harta benda hasil titik peluh sendiri pasti memberi kepuasan kepada pemiliknya, apa tidaknya bertungkus lumus berjuang akhirnya yang diidamkan di depan mata…pasti timbul kepuasan sendiri.
Tapi berbeza dengan seorang pemuda apabila sanggup
menyerahkan sebuah kereta kesayangan hasil titik peluhnya selama ini untuk diinfakkan demi jalan dakwah.
Mulianya hatimu wahai orang muda!!
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan infak:
https://kitareporters.com/search?search=infak
Itu yang dikongsikan oleh Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM), Ustaz Firdaus Wong mengenai kemuliaan seorang pemuda yang sanggup menawarkan kenderaan kesayangannya demi pelaburan di akhirat.
Perkongsian berkenaan menjadi tular, sekali gus menjadi contoh kepada anak muda hari ini.
Kongsi Firdaus baru-baru ini dia dihubungi seorang lelaki yang dikenali sebagai Zam dan menawarkan kenderaan Mulianya hatimu Zam! Sanggup infak kenderaan kesayangan kepada Ustaz Firdaus demi jalan Allahnya.
Dalam perbualan berkenaan, Zam berkata kereta jenis Ford Ranger itu adalah kereta kesayangannya dan baharu diubah suai dengan kos mencecah RM15,000.
“Kereta ni memang saya dah buat untuk kerja-kerja berat kalau tuan nak buat misi banjir ke masuk hutan sesuailah… ambil la.
“Doakan saya berjaya di dunia dan diakhirat… saya nak buat kerja dakwah macam tuan saya tak mampu ini je mampu,” kongsi Firdaus mengenai perbualan bersama Zam dalam Facebooknya baru-baru ini.
Kongsi Firdaus lagi, selepas beberapa hari kereta tersebut selamat diterima.
“Alhamdulilah. Hari ini beliau telah menyerahkan kenderaan kesayangannya itu kepada kami dan kini kami di MRM perlu memastikan kenderaan kesayangannya itu terus berbakti kepada masyarakat agar beliau dan kami di MRM mendapat redha dan ganjaran di akhirat kelak.
“Amanah sahabat semua akan kami tunaikan sebaik mungkin,” tulisnya dalam akaun Facebooknya baru-baru ini.
Malah pada akhir perbualan itu, Zam turut meminta pihak MRM membelai 'kesayangan' itu dengan baik.
Terdahulu, dalam perbulan berkenaan Firdaus turut bertanya kepada Zam mengenai kenderaan yang akan digunakannya selepas menginfak keretanya.
Namun dengan bersahaja Zam menjelaskan yang dia yakin
dengan rezeki Allah.
“Ada la tu rezeki kereta lain kot. Tak tahu bang, tadi
saya duduk seorang, bosan, tenung kereta… rasa banyak sangat benda tuhan bagi
senang tapi tiada lagi kerja dakwah saya buat.
“Kereta ini tidaklah cantik tapi memang sayang betul
dengan kereta ini. Kondisi terbaik yang saya buat ini. Ambillah bang, guna. Kalau nanti abang dalam syurga, tak jumpa saya, jangan lupa tanya Zam mana,”
tulisnya.
Semoga keikhlasan yang diberikan diganti dengan ganjaran
yang lebih hebat daripada-Nya.
Semoga akan wujud lebih ramai individu berhati mulia
seperti Zam dan ikhlas bersedekah untuk pelaburan di akhirat. - KitaReporters