APABILA Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diperkenalkan, majlis perkahwinan adalah antara kegiatan atau acara yang masih tidak dibenarkan. Ia merupakan berita sedih bagi pengusaha perkhidmatan katering dan penyediaan dewan majlis. Pendapatan mereka sudah terjejas sejak 3 bulan lalu dan kini tetap tiada penghasilan beberapa bulan akan datang. : KitaReporters

Mila mungkin akan menjadikan jualan durian sebagai tambahan jenis  perniagaannya.


Antara pengusaha begitu terkesan ialah Juara Akademi Fantasia musim 5, Mira Jirin, 32, yang mempunyai khIdmat pakej perkahwinan melibatkan katering dan dewan majlis makan dikenali sebagai Bizmilla Catering.

Mila tidak malu menjadi tauke durian bagi membayar gaji pekerja

Mempunyai puluhan pekerja, Mila terpaksa mengeluarkan kira-kira RM200,000 sebulan untuk membayar gaji pekerja dan operasi syarikat.

Sehubungan itu, dia terpaksa menjalankan perniagaan lain ketika perniagaan pakej perkahwinan terhenti selepas berfikir mengenai pekerja-pekerjanya.

Sebelum ini, dia pernah melakukan perniagaan jualan kek iaitu Cakesmilla. Tetapi kini dia melakukan perniagaan baharu yang asing baginya iaitu menjual durian kelas premium.

Tempat jualannya ialah di  No 17, Jalan PP 16/4, Perdana Industrial Park, Taman Putra Perdana di Puchong, Selangor.

Durian gred premium dibawa dari Pulau Pinang, Johor dan Pahang



Menurutnya, dia tidak malu kini menjadi tauke durian demi membayar gaji pekerja dan operasi syarikatnya.

Menurut Mila dalam IG-nya mira_jirin, durian pelbagai jenis itu diperolehi dari Balik Pulau di Pulau Pinang serta dari Johor dan Pahang.

Durian-durian itu tidak dijual secara sebiji sebiji, sebaliknya dikupas dan dijual tanpa biji dengan harga RM15 sekilo, bergantung kepada jenis.

Antara jenis durian yang dijual ialah Durian Kampung, Durian Kawin, Durian Kun Pho (Isi Kuning), Durian Ang Hay (Udang Merah), Durian Hor Lor, Durian IOI, Durian Musang King dan Durian Black Thorn.

Penghantaran ke rumah juga dilakukan bagi sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurut Mila, dia turut menerima panggilan telefon dan WhatsApp dari kawan-kawan yang bertanyakan perniagaan baharunya.

Dia tidak malu melakukan pekerjaan menjual durian, malah mungkin akan menjadi salah satu cabang perniagaannya.

Selain itu, Mila turut menjalankan perniagaan restoran yang dinamakan Restoran Mr Botak di  Megan Avenue 1, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur yang mula beroperasi hari ini, Rabu, 10 Jun 2020.

Restoran Mr Botak mula dibuka mula 10 Jun 2020.


Mira diumumkan sebagai juara Akademi Fantasia musim kelima pada 19 Mei 2007.  

Wanita dari Balik Pulau, Pulau Pinang ini menjadi penyanyi wanita pertama menjuarai Akademi Fantasia selepas  didominasi oleh kaum lelaki iaitu Vince, Zahid, Mawi, dan Faizal.

Dia berkahwin dengan Ahmad Ailis Mohamed Mustapha pada tahun 2015 dan mempunyai seorang anak.

1
0
0
0
0

Copy Link: