MELALUI kehidupan sebagai kanak-kanak sangat menyeronokkan, lebih-lebih lagi dengan adik beradik sendiri, pasti perbalahan menjadi ‘kawan karib’  ketika itu ada sahaja tidak kena pada mata masing-masing. Begitulah yang berlaku kepada dua beradik dari Brazil yang menjadi tular dalam media sosial apabila bergaduh pada majlis hari jadi, baru-baru ini. : KitaReporters



Lagi cerita-cerita berkaitan Brazil:

https://kitareporters.com/search?search=brazil


Video pergaduhan itu menjadi tular apabila si adik, Maria Eduarda yang menyambut hari jadi dikatakan berang dengan tindakan kakaknya, Maria Antonia yang lebih laju meniup lilin kek hari jadinya.

Lebih melucukan Antonia dengan penuh bangga menunjukkan ekspresi muka bangga apabila berjaya meniup dengan lebih cepat daripada adiknya sendiri.

Keadaan itu menyebabkan ‘tuan majlis’ mengamuk dan berang sebelum menarik rambut si kakak di hadapan tetamu yang hadir di majlis berkenaan.



Namun dua beradik itu bernasib baik apabila ibu dan saudaranya cuba menenangnya Eduarda untuk bersabar dan sekali lagi memasang lilin bagi membolehkan dia meniup kek hari jadinya yang ketiga.

Alahaiiii...geram punya pasal dah tak peduli tetamu ye?

Kejadian yang dimuat naik oleh ibu saudaranya, @asmariasdepb dalam Instagram dan menjadi tular dalam media sosial.

Susulan penularan video berkenaan, dua beradik bersama ibunya dijemput untuk menghadiri sebuah program realiti televisyen tempatan di negaranya.



BERSEMANGAT meniup lilin ketika dijemput menghadiri program realiti televisyen di Brazil, babarapa hari lalu. Kredit foto: FB Philippine Star.


Lebih mengejutkan dua beradik itu dikejutkan dengan sebiji kek bersama 500 batang lilin.

Wow banyaknya!

Mereka juga diberi peluang meniup lilin sebagai balasan daripada kejadian berebut tiup lilin sebelum itu.

Amik kau! Tak payah nak berebut tiup lilin lagi, tiupla selagi mahu…

Ni la dipanggil tuah ayam nampak pada kaki tuah manusia siapa yang tahu.


TERUJA untuk meniup 500 batang lilin selepas menjadi tular kisah berebut meniup lilin semepna mahlis hari jadinya.


Kerana tular video berkenaan mereka berdua berjaya melangkah ke program realiti.

Habatkan kuasa Internet hari ini? Walaupun jauh di hujung dunia namun kerana kuasa teknologi semua dapat mengetahui kisah lucu dua beradik ini.

Semoga Eduarda dan Antonia terus membesar dengan baik dan menjadi anak yang baik dan dapat membalas jasa orang tuamu apabila besar nanti.

Selamat Hari lahir Eduarda! - KitaReporters


 

5
0
0
6
0

Copy Link: