Wanita kaki terpanjang di dunia! Maci Currin, gadis 17 tahun
Published byRAMAI wanita impikan untuk memiliki kaki panjang persis model. Bagi mereka memiliki sepasang kaki yang panjang melambangkan kecantikan seorang wanita. Namun, pernah tak anda terfikir siapakah wanita yang memiliki kaki terpanjang di dunia ketika ini? : KitaReporters
Maci Currin mempunyai sepasang kaki yang panjang daripada kebiasaan.
Lagi cerita-cerita berkaitan rekod dunia:
https://kitareporters.com/search?search=rekod+dunia
Menurut Guinness World Records (GWR) atau lebih dikenali sebagai The Guinness Book of Records, wanita kaki terpanjang di dunia dimiliki oleh seorang gadis berusia 17 tahun dikenali sebagai Maci Currin.
Maci dibesarkan di Austin, Texas, Amerika Syarikat. Namun,
kedua-dua kakinya tidak sama panjang apabila kaki kirinya mencatat ukuran 135.22
sentimeter, sementara kaki kanannya berukuran 134.25 sentimeter.
Walau bagaimanapun, kedua-dua kakinya tidak mempunyai ketinggian yang sama.
Halaman guinnessworldrecords.com menyatakan bahawa
dengan ketinggian lebih dari 208 sentimeter, panjang kaki Maci mencapai 60
peratus bahagian tubuhnya.
Menurut Maci, memiliki kaki panjang bukan sahaja mempunyai
banyak kelebihan, tetapi juga cabaran, termasuk reaksi dan perspektif orang di
sekeliling.
"Saya tidak pernah diganggu kerana kaki saya,
tetapi saya pernah diganggu kerana saya lebih tinggi daripada orang lain.
"Namun, sekitar tahun kedua saya berhenti mengambil berat tentang apa yang orang fikirkan sehinggalah akhirnya saya tenang dan tidak lagi terganggu,” katanya.
Ketinggian yang dimiliki membuatkannya agak sukar untuk memasuki kereta.
Dalam kehidupan seharian, Maci memang menghadapi beberapa kesukaran. Contohnya, apabila dia perlu melalui pintu, mahu masuk ke dalam kereta atau mencari pakaian yang sesuai dengan ukuran kakinya.
Sunguhpun begitu, di sisi lain, Maci mempunyai kelebihan termasuk bermain untuk pasukan bola tampar sekolah menengahnya.
Maci pertama kali menyedari dia mempunyai kaki lebih
panjang daripada orang lain pada tahun 2018. Ketika itu ada seseorang bertanya
kepadanya adakah dia ingin legging (sejenis seluar) khas, kerana tidak ada yang
sesuai dengannya.
Dalam keluarganya, Maci paling tinggi berbanding yang lain.
Pengiktirafan yang diberi oleh Guinness World Record
ini, Maci tekad mahu memberi inspirasi kepada mana-mana individu yang
sepertinya untuk menerima seadanya ketinggian mereka.
Selain itu, Maci juga bercita-cita mahu memegang rekod sebagai model profesional paling tinggi di dunia. Semoga cita-citanya tercapai! - KitaReporters