DALAM video terbaru berdurasi 5 minit 55 saat, Youtuber terkenal Korea Selatan, Daud Kim menyampaikan berita gembira kepada semua follower (pengikutnya), bekas isterinya Mia, mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Konten video terbaru itu, menayang aksi Mia bersyahadah bersaksikan Daud Kim sendiri. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah berkaitan Daud Kim:

https://kitareporters.com/search?search=daud+kim


Mia mengucap dua kalimah syahadah mengikut Daud Kim selepas membuat pengakuan penting daripada hatinya berpandukan catatan yang diberi, termasuk pengakuan kesediaannya untuk menerima Islam.

Walaupun Daud mengakui gementar, namun perwatakannya tenang sahaja. 

Bagaikan seorang ustaz, dia memberi kefahaman kepada Mia termasuk mengenai lima rukun Islam dan menerangkan apa yang perlu dipasakkan di dalam hati dan amalan untuk menjadi seorang Islam.


Mia membaca pengakuan dan peraturan syarat sebagai Muslim, sebelum bersyahadah. Kredit foto - Youtube Daud Kim.



Mia mendengar dengan penuh teliti, tenang dan senyum bagaikan tidak sabar untuk mengucap syahadah.

Usai mengucap dua kalimah syahadah, Daud bertanyakan perasaannya, lalu Mia menjawab; “Baik. Rasa sangat selesa!”

Pengakuan memeluk Islam dan pengucapan syahadah dipaparkan dalam video terbaru Daud Kim bertajuk, “My wife became a Muslim”. 

Mia mengambil keputusan untuk memeluk Islam selepas Daud Kim berterus terang kepadanya bahawa dia adalah seorang Muslim, seperti dalam video sebelumnya bertajuk, “I told my wife I became a Muslim”.




Dalam video sebelum ini, apabila Daud Kim bertanya sama ada Mia bersedia untuk memeluk Islam (convert), Mia berkata, “I don't want to call it convert, it's not conversion.  I’m just naturally following your believe” (Saya tak nak sebut penukaran agama, saya secara rela mengikut kepercayaan (pegangan) awak.")

Jawapan Mia itu mengejutkan Daud Kim kerana sebelum itu, dia menganggap mungkin susah untuk Mia menerima Islam. Sebaliknya Mia mengakui, dia sudah lama menyukai Islam iaitu sedari kecil kerana bapa kepada emaknya adalah Muslim dan dia adalah wanita kacukan Rusia yang mana asal keturunan, iaitu datuk Mia adalah Islam. "Sebab itu saya sentiasa positif terhadap Islam. Saya kenal Islam sejak kecil, bahkan saya tahu mengenai Quran," tambahnya.

Sekali lagi Daud Kim terkejut, “nampaknya awak lebih tahu fasal Islam daripada saya?”

“Ya betul!,” balas Mia.”Malah saya selalu berfikir mahu jadi Muslim dan pernah berhasrat untuk berkahwin dengan orang Islam misalnya orang Arab yang kaya,” tambahnya sambil berseloroh.


Daud Kim memberi penerangan kepada Mia, mengapa perlunya mereka sama-sama Muslim untuk nikah, dengan itu mereka boleh mengharapkan kehidupan bersama di dunia dan juga akhirat. - Kredit foto - Youtube Daud Kim.


Pengakuan Mia melegakan Daud Kim kerana katanya, sebelum ini dia sangat risau kerana dia tidak boleh memaksa Mia memeluk Islam.

Bukan sahaja Daud yang risau mengenai hal itu. Ketika menonton video yang memaparkan pertemuan pertama mereka selepas lima tahun berpisah, dan apabila Mia menerima lamaran semula Daud Kim, sebahagian pengikutnya risau memikirkan apakah nanti Mia bersedia untuk memeluk Islam, kerana untuk mereka bernikah, dia mestilah Muslim.

Selepas menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan dalam kehidupan sebelum ini, saat yang dianggap paling mencabar untuk membawa bekas isterinya kepada Islam menjadi sangat mudah apabila Mia sendiri sudah tahu mengenai Islam dan memang sudah ada niat untuk menjadi Muslim. 

Dalam dua tiga hari selepas Daud Kim membuat lamaran semula, Mia bersetuju untuk mengucap syahadah. Dalam pertemuan kedua mereka, Mia memberitahu dia beragama Russian Orthodox Church, semasa kecil mengikut emaknya ke gereja sementara bapa kepada ibunya adalah Muslim, Kerana itu dia tahu mengenai Islam, dan tahu mengenai Allah. Juga tahu Allah ada banyak nama. 



Dan apa pula selepas ini? Tentunya, pengikut tidak sabar menanti hari mereka disatukan semula.

Memetik komen menarik seorang pengikut di saluran youtube Daud Kim;

“Is it just me or is whatever going on to Brother Kim Daud seems like it's falling into place almost perfectly? The family building, the family breakup, the scandal, the depression, the enlightenment (hidayah/huda), the reversion or conversion, the family's struggles to accept his new religion, the revealed scandal, the apologies, the comeback, the family reunion, and now the wife's introduction. Just too beautiful to pass and always gives warmth to your heart. Masya- Allah.”

"(Daud Kim) seakan 'jatuh' ke satu situasi yang hampir sempurna. Penyatuan famili, perpisahan famili, pendedahan skandal, depresi, hidayah, menukar (agama), cabaran keluarga untuk menerima agama barunya, permohonan maaf, kemunculan semula, famili reunion, dan kini memperkenalkan isteri. (Perjalanan) terlalu indah untuk dilalui dan mereka sentiasa memberikan kehangatan di hati. Masya-Allah." - KitaReporters


13
0
0
0
0

Copy Link: