Video| Tinggal di pondok sementara! Rumah asal dirobohkan bekas isteri! 20 tahun rebut harta!
Published byRumah yang jadi rebutan dirobohkan oleh bekas isteri. - Kredit foto: Tribune News
SEORANG lelaki, Kusnan, 50, bersama isteri baharu dan dua anaknya yang sebelumnya tinggal di sebuah rumah agak selesa seluas 5 meter (16.2 kaki) dengan 8 meter (26.2 kaki) kini terpaksa tinggal di sebuah pondok sementara.
Kini Kusnan dan keluarganya terpaksa berteduh di bawah pondok berukuran 3 meter (9.8 kaki) dengan 5 meter (16.2 kaki) di tanah rumah yang kini dikosongkan kerana pengeseran pembahagian harta sepencarian dengan bekas isterinya belum berakhir.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan perceraian:
https://kitareporters.com/search?search=perceraian
Hanya sisa-sisa batu yang dihancur yang tinggal
Kusnan dan Ainun bercerai 20 tahun lalu dan mempunyai seorang cahaya mata yang bernama Amelia.
Kusnan terpaksa membuat pondok sementara berukuran 3×5 meter persegi itu di bahagian timur kawasan rumah yang dirobohkan.
“Iya saya tidur di tempat ini (gubuk) bersama isteri dan anak saya, hendak bagaimana lagi. Anak saya tidak mahu tidur di mana-mana kecuali di sini baharu boleh tidur,” kata Kusnan kepada sejumlah petugas media sambil menunjukkan tempat tidur dalam pondok sementara itu pada Isnin 15 Mac 2021.
Beginilah keadaan daif pondok sementara sebagai tempat tinggal.
Kenapa Kusnan sekeluarga terpaksa keluar daripada rumah yang sudah lama dihuni itu?
Ia bermula apabila anak kandungnya dengan Ainun bernama Amelia, 23, itu menuntut untuk tinggal di rumah tersebut dengan alasan ia dibina atas tanah pusaka milik ibu Ainun sementara rumah itu milik bersama ketika menjadi suami isteri.
Walaupun selama ini Amelia dibenar datang berkunjung dan tidur di rumah itu tetapi tetap tidak diberi layanan baik oleh Kusnan.
Kerana itu, Ainun berpendapat, walaupun anaknya diperbolehkan ke rumah Kusnan, tetapi bekas suaminya itu sering memarahi anak tunggalnya.
Kerana marah dengan sikap bekas suaminya, Ainun mengambil keputusan untuk merobohkan rumah berkenaan. Sebelum itu diadakan mesyuarat melibatkan pemimpin setempat dan kedua-dua pihak sepakat untuk merobohkan rumah itu
Kusnan minta agar rumah itu tidak diroboh dan sedia memberikan bayaran sebanyak Rp30 juta (kira-kira RM10 ribu) tetapi Kusnan tidak mempunyai jumlah itu. Kusnan tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Ainun pun tetap meruntuhkan rumah itu dengan mengupah 7 pekerja merobohkannya. Barangan yang boleh diguna semula dikumpul untuk dijual dan wangnya dibahagi dua.
Bagi mendapat tempat tinggal baharu, Kusnan berharap ada pihak dan orang ramai yang sedia memberi sumbangan. - KitaReporters
Harapkan bantuan agensi atau orang ramai menghulurkan wang bagi membina rumah yang agak selesa.