YANTO yang menyerahkan diri pada polis akan berdepan hukuman penjara tujuh tahun kerana mencuri 11 ekor ayam Bangkok pada 18 Jun 2021. - Kredit Foto: Tribunnews.com


YANTO, seorang lelaki yang tinggal di Kecamatan Terusan Nunyai, Kabupaten Lampung Tengah, Lampung, Pulau Sumatera mengaku mencuri ayam Bangkok sebanyak 11 ekor bernilai Rp3 juta (kira-kira RM862), akhirnya menyerahkan diri kepada polis walaupun sebelum itu sudah beberapa kali lolos  dari pihak berkuasa

Lelaki itu mencuri ayam tersebut yang berada di reban milik seorang penduduk di kecamatan itu pada 17 Mei 2021. 

Sebelum itu, anggota polis dari Balai Polis Terusan Nunyai sudah tiga kali menyerbu Yanto di rumahnya tetapi suspek berjaya melarikan dirinya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kecurian


DUA ekor ayam Bangkok yang dicuri oleh Yanto dirampas oleh polis. - Kredit foto: Tribunnews.com


``Hampir sebulan saya menjadi buruan polis dan dalam masa itu hati serta jiwa saya tidak pernah tenang asyik memikirkan lokasi mana untuk menyembunyikan diri daripada pihak polis.

``Sekarang selepas saya serahkan diri pada 18 Jun 2021, saya merasa diri saya sudah selamat daripada buruan polis, meskipun saya bakal menerima hukuman dari pihak berkuasa atas perbuatan saya itu,’’ katanya kepada wartawan Tibunnews.com pada 30 Jun 2021 lalu.


AYAM Bangkok


Dipetik oleh Tribunnews. com, Yanto memberitahu, ayam-ayam yang dicuri itu dijual kepada kaki sabung ayam dengan harga Rp300 ribu (kira-kira RM100) seekor.

Dia melakukan kegiatan yang terlarang itu pada waktu malam dan ayam-ayam berkenaan diambil dari reban seorang penduduk kampung.

Ayam Bangkok adalah berasal dari negara jiran dan ia menjadi kegemaran kepada mereka yang suka bersabung ayam di negara Indonesia dan ayam itu mempunyai pergerakan yang kuat serta pukulannya boleh mematikan semasa beraksi dengan pihak lawan. 

Ia mula dibawa masuk ke Indonesia melalui Kota Tuban, Jawa Timur dan spesis ayam ini begitu popular di negara republik itu dalam kalangan penyabung ayam.


YANTO ( dua dari kanan) bersama pegawai polis Terusan  Nunyai, Lampung Tengah semasa ditahan baru-baru ini.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Terusan Nunyai, Iptu Santosa berkata pihaknya telah merampas dua ekor ayam yang dicuri itu disimpan di bilik rumah suspek semasa serbuan dilakukan tetapi suspek gagal ditangkap.

Menurutnya, pihaknya sudah beberapa kali berjumpa ahli keluarga Yanto dan menasihatkan sebaiknya Yanto menyerahkan diri supaya dia tidak sepanjang masa menjadi buruan polis.

Santosa berkata Yanto akan berdepan hukuman penjara tujuh tahun disabit kesalahan mencuri di bawah Pasal 363 Kitab Undang-Undang Hukum (KUH) Pidana. - KitaReporters


0
2
0
0
2

Copy Link: