Amboi! Tumpang laman orang dah jadi macam tanah sendiri pula
Published byHIDUP berjiran boleh sangat menyeronokkan… bertukar-tukar juadah dan saling menolong pada saat memerlukan. Ada kalanya hubungan itu lebih erat daripada keluarga sendiri. Namun bagaimana pula jika jiran itu ‘berkampung’ di halaman rumah kita sejak sekian lama pasti merimaskan dan boleh jadi punca naik angin! : KitaReporters
VAN milik Andy yang diparkir di halaman rumah Cameron Weir sejak tiga tahun lalu.
- Lagi cerita-cerita dari United Kingdom:
- https://kitareporters.com/search?search=united+kingdom
Itu yang berlaku kepada dua beranak di Lanarkshike, Scotland apabila seorang gelandangan menceroboh dan menumpang ke kawasan rumahnya sejak tiga tahun lalu. Menariknya, lelaki berkenaan memarkir van miliknya yang dijadikan rumah di halaman dalam tanah milik orang lain dan meneruskan kehidupannya.
Amboiiii lama sangat dah tu menumpang kat kawasan rumah orang! Kalau sekejap okey lagi tapi kalau lama-lama jadi menyampahla kan…
BERKAMPUNG di halaman rumah orang lain menyebabkan tuan rumah berang dan mengganggu kehidupannya.
Cameron Weir dan ibunya, Sheila yang dipetik mirror.co mendakwa kehadiran orang asing di kawasan rumahnya membuatkan kehidupan terganggu. Malah orang asing berkenaan yang juga bukan ahli keluarganya itu sengaja meletakkan van di halaman rumah mereka dan ‘berkampung’ di situ.
ANDY merasakan tidak bersalah walaupun 'berkampung' di halaman rumah orang lain sejak tiga tahun lalu.
Ni betul-betul menyusahkan ...dah la di halaman rumah
orang!
Weir berkata dia pernah membuat laporan kepada majlis perbandaran mengenai kehadiran orang asing berkenaan yang menumpang di halaman rumahnya. Namun menyedihnya, pihak majlis perbandaran pula memberi alasan tidak boleh bertindak menghalau orang asing berkenaan kerana sekatan Covid-19.
Macam-macamlah…
DUA BERANAK, Cameron Weir (kanan) dan ibu, Sheila yang bengang selepas halaman rumah diceroboh sejak tiga tahun lalu oleh orang asing yang tidak dikenali.
Sementara itu pula, orang asing berkenaan yang juga
merupakan pesara tentera, Andy bertegas tidak mahu berganjak dari situ
kerana merasakan dia tidak menyusahkan orang lain.
Malah dia yang berdepan masalah kewangan kerana tidak mampu membayar sewa flat yang diduduki itu menyalahkan pihak berkuasa tempatan kerana tidak menyediakan kediaman lain kepadanya. Malah dia bertegas tidak akan berpindah selagi majlis perbandaran membantunya.
Apa jenis manusia nih??? Dahla menyusahkan orang tapi
tak pula mahu mengalah! Macam-macam jenis orang ada! - KitaReporters