Kecewa sangat! Kisah bawa nenek ke bank tak mesra warga emas
Published byBUAT kita yang mempunyai keluarga yang sudah berusia, jika ahli keluarga terdapat urusan rasmi di pejabat kerajaan mahupun swasta, menunggu dan kemudahan yang mesra pengguna adalah satu faktor utama untuk memudahkan segala urusan mereka di atas beberapa faktor fizikal. : KitaReporters
Baru-baru ini tular dalam media sosial kisah seorang pegawai bank yang mendapat pujian kerana permudahkan urusan seorang ibu dengan mengambil kerusi beroda dan bersungguh menyediakan kemudahan untuk memudahkan ibu kurang berupaya berkenaan. Perkara ini telah dikongsikan oleh seorang wanita bernama Annida Ammar dalam Facebook miliknya dan bersyukur kerana ada pihak bank yang ikhlas membantu ibunya.
Terima kasih kepada pembantu bank yang sudi membantu di Bahau., Negeri Sembilan.
Namun berbeza dengan pengalaman saya (penulis) sendiri baru-baru ini semasa membawa nenek yang sudah uzur untuk berurusan ke sebuah cawangan bank. Apa yang boleh dilihat, kemudahan awam di beberapa cawangan bank ini tidak memuaskan dan tidak mesra pengguna.
Semasa membawa nenek, sudahlah tiada ruangan parkir kosong menyebabkan agak susah untuk menurunkan nenek yang sudah uzur.
Bukan itu sahaja masalah yang saya hadapi, selepas menurunkan nenek, saya perhatikan di sekitar bank tiada laluan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk kerusi roda. Jadi bagaimana orang seperti nenek saya yang sudah uzur ingin naik ke bank?
Lebih banyak bangunan perlu mempunyai kerusi roda bagi kemudahan warga emas dan OKU memasuki premis tanpa meminta bantuan. - Gambar hiasan
Oleh kerana nenek tidak boleh naik, saya memaklumkan kepada pihak bank, tetapi mereka seperti tidak ambil endah dan tidak mahu berkerjasama membantu meringankan urusan nenek saya yang sudah uzur!!!
Bukanlah saya hendak meluahkan ketidakpuasan ini, tetapi sebagai pegawai bank anda perlu peka dengan keadaan sekitar agar ini dapat memudahkan urusan sesiapa sahaja ke bank anda setiap hari.
Semasa PKPP antara SOP yang perlu dipatuhi ialah penjarakan sosial, namun keprihatinan wajar juga diberikan kepada warga emas atau OKU yang memerlukan laluan khas untuk ke kaunter urusan. - Gambar hiasan
Oleh itu, saya menyarankan agar pihak bank berkerjasamalah membantu meringankan tugasan kami yang membawa ahli keluarga yang sudah uzur, bukannya membuat pandangan sinis dan tiada cadangan untuk meringankan beban kami.
Luahan ini tidaklah bermaksud semua pihak pegawai bank begitu tetapi segelintir yang bersikap begini. Ini hanya pandangan saya agar kejadian seperti ini tidak lagi berulang kepada golongan berusia lain. - KitaReporters