Rumah raya! Pasangan suami isteri syukur dapat rumah percuma
Published bySAMBUTAN Aidiladha tahun 2020 ini memberi sinar baharu kepada sepasang
suami isteri bersama dua anak selepas impian untuk mendapat rumah kediaman
sendiri akhirnya terlaksana apabila mereka mendapat sebuah rumah percuma. Alhamdulillah, hadiah raya datang tepat pada masanya!! : KitaReporters
Model Rumah Komuniti tiga bilik yang diberikan percuma oleh Pejabat Ahli Parlimen Besut kepada golongan miskin
Lagi cerita-cerita dari Terengganu:
https://kitareporters.com/search?search=terengganu
Mohd Azlan Hamzah, 36 dan isternya Norhana Mat Hassan, 36, dari Kampung Tok Has, dekat Jertih, Terengganu, tidak menyangka mereka dapat menyambut Aidiladha tahun ini dalam suasana lebih meriah kerana dapat tinggal di rumah sendiri.
Rumah Komuniti yang dibina oleh Pejabat Khidmat
Masyarakat Ahli Parlimen Besut itu diberikan percuma kepada golongan miskin
yang tidak mempunyai rumah kediaman sendiri.
Mohd Azlan Hamzah
Mohd Azlan dan isteri yang menjalankan perniagaan di pasar malam sekitar daerah Besut sudah lama memohon rumah daripada pelbagai agensi tetapi baru sekarang rezeki memihak kepadanya.
“Alhamdulillah hari ini impian saya untuk mendapat
rumah apatalah lagi rumah berkenaan yang turut menyediakan pelbagai kemudahan
termasuk perabut, bekalan air dan elektrik diberikan secara percuma,”
katanya ketika menerima kunci rumah pada hari ini, Khamis, 30 Julai 2020.
Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Pengerusi
FELDA menyerahkan kunci rumah dalam satu majlis ringkas di pekarangan rumah
Mohd Azlan.
Norhana Mat Hassan
Isteri Mohd Azlan pula gembira kerana Pejabat Ahli Parlimen berkenaan turut menyenaraikan nama suaminya untuk mendapatkan Rumah Komuniti secara percuma.
Sebelum ini, katanya, keluarganya terpaksa tinggal
seramai 19 orang dalam rumah milik bapanya dan menyebabkan keadaan tidak selesa
kerana terlalu ramai dan ruang rumah yang kecil.
Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menyerahkan replika kunci Rumah Komuniti kepada Mohd Azlan
Sementara itu, Idris berkata, projek Rumah Komuniti yang diberikan percuma kepada golongan miskin hanya ada di daerah Besut sahaja.
Katanya, projek yang bermula pada 2016 sehingga hari ini, sudah 204 rumah berjaya dibina dengan menggunakan peruntukan Parlimen.
Beliau berkata, rumah tiga bilik berharga RM20,000
sebuah yang turut disediakan peralatan perabut hanya dibina dalam tempoh dua
minggu oleh kontraktor terpilih.
Mohd Azlan dan isteri Norhana menunjukkan tanda bagus selepas menerima replika kunci rumah
“Kaedah pemberian rumah tersebut dilakukan melalui Ketua Cawangan di kampung masing-masing dan peserta mestilah tidak mempunyai rumah dan daripada golongan miskin,” katanya.
Bagaimanapun, katanya projek pembinaan rumah berkenaan terhenti ketika era pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dan selepas Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pemerintahan, ia dapat diteruskan semula. - KitaReporters
Antara perabut yang disediakan kepada penerima Rumah Komuniti