DALAM tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, pasti banyak ruang dan masa terluang apatah lagi kita diberi data Internet percuma sepanjang PKP ini. Sepatutnya kita gunakan masa ini dengan sebaik mungkin dan bukannya menyalahgunakan kebebasan ini dengan memuat naik status kurang baik. : KitaReporters


Baru-baru ini, seorang wanita dari Kedah telah ditahan ekoran memuat naik status di Facebook (FB) miliknya, Sahira Eyraa telah menghina dengan melemparkan kata-kata kesat kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya 

Susulan daripada itu, ia telah mendapat perhatian daripada pelbagai pihak sehingga mengundang kecaman daripada netizen yang mendakwa bahawa status beliau itu amat melampau kerana menghina anggota polis. 

Tidak lama selepas itu, beliau telah ditahan dan didakwa di Mahkamah Sesyen dengan hukuman denda sebanyak RM10,000 serta 3 bulan penjara

Sahira Eyraa atau nama sebenarnya Nur Sahira Mohd Mizuar, 20, terus menjadi perhatian selepas beliau dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Sesyen, biarpun ada segelintir pihak yang menyatakan itulah adalah hukuman setimpal dengan apa yang beliau telah lakukan. 

Namun begitu, ada juga orang yang simpati terhadap nasib beliau yang dikatakan dari keluarga kurang senang serta sukar untuk mencari wang sebanyak itu bagi mengikat jamin anak mereka itu. 

Disebabkan itu, Mohamad Azlan Al-Amin tampil untuk membantu serta sanggup mengikat jamin dan membayar kos bagi memastikan Sahira Eyraa dapat dibebaskan. 

Apa yang menarik adalah beliau ini tidak mengenali gadis tersebut, tetapi sanggup datang dari Besut, Terengganu ke Kedah

 

Mohamad Azlan Al-Amin (kanan) memandu dari Terengganu ke Kedah bagi membantu adik Sahira Eyraa. - Kredit gambar: FB Muhambad Azlan Al-Amin 


Langgit tidak selalu cerah. 

Mahkamah Sesyen telah menolak permohonan untuk pengantungan sementara menunggu proses rayuan. 

Beliau bersama peguamnya, Dato Naran Singh akan menghantar permohonan rayuan di Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat dalam usaha membantu adik Sahira Eyraa dibebaskan. 

Azlan (kiri) bersama peguamnya, Dato Naran Singh. - Kredit gambar: FB Muhammad Azlan Al-Amin 



Saya hanya mahu doa 

Menyedari kebaikan yang dilakukan oleh Azlan, keluarga Sahira ini tidak dapat membalas kembali kebaikan yang dilakukan oleh Azlan apatah lagi jika melibatkan wang ringgit. 

Namun, Azlan hanya membalas bahawa cukup dengan sedekah doa kepadanya. 

Ayah Sahira, tidak dapat menahan sebak apa yang dilakukan oleh Azlan demi membebaskan anaknya daripada hukuman mahkamah. 

Azlan cuba menenangkan ayah Sahira (baju biru). - Kredit gambar: FB Muhammad Azlan Al-Amin 


Azlan bergambar bersama keluarga Sahira. - Kredit gambar: FB Muhammad Azlan Al-Amin 



Semoga dipermudahkan urusan anda

Apa yang dilakukan oleh Azlan ini telah mendapat respons positif daripada netizen dan rata-rata mendoakan usaha beliau ini akan dipermudahkan. 




Moga kebaikan yang dilakukan oleh Azlan ini dapat memberi mesej positif dan akan ada lebih ramai yang sudi membantu mereka yang memerlukan. 

Kepada masyarakat di luar sana, sebelum memuat naik apa-apa dalam media sosial, sebaiknya fikir terlebih dahulu kesan baik dan buruk akan sesuatu status itu

Jangan kerana keseronokan hari ini membuatkan kita bakal menerima kesan buruk keesokan hari. - KitaReporters

9
3
1
0
0

Copy Link: