KERAJAAN sudah mengeluarkan Pakej Rancangan Ekonomi Rakyat Prihatin (Prihatin) ekoran lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua minggu lagi sehingga 14 April 2020. Pakej rangsangan ekonomi itu mencakupi pelbagai golongan masyarakat dan pada masa yang sama, kerajaan sendiri menghadapi masalah untuk kembali meningkatkan ekonomi negara. : KitaReporters

Kredit foto; IG SENIMAN

Namun terdapat sejumlah insan seni negara yang nampaknya kurang memahami bantuan yang sudah diberikan oleh kerajaan dan masalah yang dihadapi kerajaan.

Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) tampil menyuarakan hasrat kepada kerajaan bagi meringankan beban golongan artis secara khususnya.

Cadangan itu dikemukakan menerusi akaun media sosial rasmi SENIMAN kepada Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) dan Kementerian Komunikasi & Multimedia (KKMM).

Pakej yang diminta ini dinamakan Bantuan Khas Covid-19 Pengiat Seni Malaysia (COVID-SENI 2020).

Kredit foto: IG SENIMAN


Berikut ialah antara pakej COVID-SENI 2020 yang diminta oleh SENIMAN :

  1. Bantuan khas E-Tunai atau tunai RM500 hingga RM1,000 menggunakan pembayaran melalui Electronic Fund Transfer (EFT) Saraan (mengikut kriteria) Semasa Krisis (untuk bayaran keperluan rumah seperti beras, air mineral  dan barang keperluan penting semasa PKP.
  2. ‘Skim Kerugian Seni’. Bantuan kerugian dari minimum RM 1,000 ke RM 3,000 bagi menangung kerugian penanguhan pengambaran, promosi, persembahan dan yang lain lain melalui PKP dan segala kerja seni tertangguh dan mengalami kerugian skim ini sebagai jaminan.
  3. Baucer keperluan diri dan rumah untuk anak seni, jaminan kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) dengan kerjasama Pasar Raya seperti Tesco, Giant, NSK, Mydin dan sebagainya.
  4. Pemeriksaan Covid-19 percuma untuk pengiat seni di di hospital kerajaan dan swasta  (yang memerlukan sahaja)
  5. Dana khas  Persatuan-Persatuan Seni bagi kempen Covid-19 untuk membantu kerajaan memberi penerangan kepada rakyat dengan lebih berkesan. 
  6. Sistem Bantuan Penggiat Seni yang tidak mempunyai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Bantuan kewangan Khas sebanyak RM1,000 sebulan untuk tempoh maksimum enam bulan yang diberikan kepada penggiat seni Malaysia.

Soalnya adakah pemintaan SENIMAN ini akan diterima kerajaan? 

Jika diterima bererti insan seni dianggap sebagai golongan istimewa, sedangkan semua pihak mempunyai hak mendapat pembelaan terutama petugas barisan depan (frontliners) yang berdepan virus berbahaya Covid-19 ini setiap hari, setiap masa.

Cadangan yang dikemuka oleh SENIMAN kepada kerajaan untuk kebajikan artis.

Sepatutnya, SENIMAN dan pelbagai persatuan atau yayasan artis perlu bergabung serta bekerjasama dalam mencari jalan menjaga kebajikan insan seni.

Dan kini adalah masanya insan seni perlu juga mendekatkan diri dengan persatuan atau yayasan dengan sekurang-kurangnya dengan menjadi ahli.

Tabung Prihatin Seniman Covid-Seni 2020 juga mengharapkan sumbangan orang ramai. 

Mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian ke akaun Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) melalui akaun CIMB NO: 8600499812. - KitaReporters
0
0
0
0
6

Copy Link: