Antara penduduk Kampung Parit Serong bersama Rozana Zainal Abidin (dua dari kiri) selepas menerima sumbangan Pek Permatang Peduli. - Kredit Foto-Foto: FB Rozana Zainal Abidin.


SANTUNILAH  warga emas dengan penuh keikhlasan dan sopan kerana ia merupakan antara cara untuk menceriakan kehidupan mereka. Ciri-ciri ini juga sebahagian usaha untuk membolehkan golongan tersebut dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti masyarakat.

Malahan bagi yang kurang sihat atau ada pelbagai penyakit kronik perlu diberikan belaian kasih sayang dan kemesraan dengan melakukan kunjungan terhadap mereka. Jangan sekali-kali sisihkan mereka.

Berikutan keadaan inilah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang mewujudkan program 'Santun Qalbu' sebagai usaha untuk mendekati dengan lebih mesra golongan berkenaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ziarah kasih:

https://kitareporters.com/search?search=ziarah+kasih



Melalui program ziarah kasih tersebut, golongan warga emas yang disantuni dalam suasana penuh mesra sambil bertanyakan keadaan semasa perkembangan kesihatan dan keluarga. Malahan jika perlu mereka akan diberikan sumbangan bantuan sewajarnya.

Bagi ADUN Permatang, Rozana Zainal Abidin yang mesra dengan panggilan YB Kakak menyifatkan program tersebut sebagai suatu yang penuh makna buat dirinya.


Rozana dalam siri Santun Qalbu sempat menemui seorang wang emas yang uzur dan hanya terbaring tanpa boleh bergerak kemana-mana jika tidak dibantu.


Perkara ini dinyatakan melalui paparan laman sosial Facebook beliau pada Selasa 23 Februari 2021semasa melakukan penyerahan bantuan pek 'Permatang Peduli' di Kampung Parit Serong, Tanjung Karang, Selangor.

Selepas penyerahan pek bantuan barangan keperluan asas untuk mereka yang terjejas akibat lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 itu beliau bersama beberapa kakitangan di PKM ADUN Permatang sempat meluangkan masa melakukan kunjung ziarah Santun Qalbu ke atas beberapa orang warga emas termasuk yang uzur di kampung tersebut.

Beliau dalam tulisan itu menyatakan rasa dekatnya dengan golongan warga emas di kampung tersebut yang selalu mendoakannya.

"Antara sebab saya rasa dekat dengan kampung ini kerana setiap kali bersua muka, mereka sentiasa mendoakan dan memberi pesanan untuk terus menjalankan tanggungjawab dengan amanah," katanya.

Rozana tidak lupa mendoakan semoga mereka dikurniakan kesihatan yang baik dan dimudahkan segala urusan harian.


Antara sebahagian penduduk di Kampung Blok E, Q, S, W yang menerima bantuan pek Permatang Peduli yang disampaikan oleh Rozana Zainal Abidin.


Sehari sebelumnya, pada Isnin 22 Februari 2021, Rozana juga sempat menyantuni salah seorang warga emas, Haron Nordin yang uzur semasa melakukan sumbangan bantuan pek Permatang peduli di Kampung Ujong Permatang.

Sekalipun dalam keadaan uzur Haron sempat memberikan pesanan dan nasihat serta mendoakan supaya YB Kakak diberikan kekuatan untuk terus menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan.

ADUN Permatang itu menitipkan ucapan terima kasih dan mendoakan Harunn Nordin dikurniakan kesihatan yang baik dan dimudahkan dalam apa juga urusan.


Rozana Zainal Abidin sempat menyantuni warga emas,Haron Nordin (kanan) semasa memberikan sumbangan pek bantuan makanan asas Permatang Peduli di Kampung Ujong Permatang, Kuala Selangor.


Sejak Khamis 18 Februari hingga Rabu 24 Februari 2021, sejumlah 326 keluarga di sekitar kawasan DUN Permatang menerima bantuan pek makanan barangan keperluan asas melalui program Permatang Peduli kerana terjejas berikutan PKP 2.0 yang dilanjutkan.

Mereka merupakan 30 orang dari Kampung Blok E, Q, S, W Sawah Sempadan; 56 orang dari Kampung Sungai Kajang dan Kampung Kunci Air Buang; Kampung Permatang (30 penerima); Kampung Blok C, O, I Sawah Sempadan (39 penerima) merupakan penduduk di Kampung Baru, Kampung Nyior dan Ladang Bukit Talang Divisyen A.


Salah seorang penduduk penerima bantuan pek Permatang Peduli menerima sumbangan daripada Rozana Zainal Abidin (dua daripada kiri).


Penerima bantuan dari Kampung Parit Serong 30 orang, Kampung Bukit Belimbing 30 penerima, Kampung Seri Tiram jaya 30 orang penerima, manakala 56 penerima dari Kampung Sungai Sireh dan Kampung Ampangan.

Penerima dari Kampung Seri Makmor dan Bestari Jaya seramai 25 orang.

Beliau mengharapkan melalui bantuan Permatang Peduli itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh mereka yang terjejas  berikutan PKP 2.0 ini.


Para penerima tablet untuk kemudahan belajar melalui Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah bergambar ramai bersama Rozana Zainal Abidin (barisan hadapan, empat dari kiri) di Dewan Kampung Seri Tiram, Tanjung Karang, Selangor.


Rozana juga turut menyampaikan 10 buah tablet kepada anak-anak yang terpilih di sekitar Kampung Seri Tiram Jaya untuk kemudahan mengikuti pelajaran melalui Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dan pek ' Kembali Ke Sekolah ' sumbangan Perbadanan Menteri Besar (MBI) kepada beberapa buah sekolah rendah dan menengah termasuk 412 calon Sijil Pelajaran Malaysia 2020 bagi kawasan DUN Permatang.

Malahan PKM DUN Permatang sepanjang tempoh tersebut telah menyampaikan sumbangan dua buah kanopi kepada Masjid Ahmadiah Kampung Ujong Permatang bagi kegunaan di kubur semasa pengebumian.

Selain itu, sumbangan bantuan kerusi meja pejabat untuk Balai Majlis Permuakatan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjung Karang. - KitaReporters


Penyerahan pek Kembali Ke Sekolah sumbangan Perbadanan Menteri Besar kepada Cikgu Amidi (dua dari kanan) yang merupakan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Permatang, Kuala Selangor.

0
0
0
0
0

Copy Link: