Mimpi sedih! Jejaka hampa! Sanggup datang 4,485km tapi pinangan ditolak! Belanja RM15k untuk kekasih!
Published byASIB Ali semasa berada di Balai Polis Wajo, Sulawesi Selatan, Indonesia. - Kredit foto : Bestie.Suara.com
BAK kata pepatah orang-orang tua, apabila cinta sudah melekat di hati ke lautan api sanggup direnangi serta ke gunung sanggup didaki dan apatah lagi jarak perjalanan sejauh beribu-ribu kilometer pun sanggup ditempuhi asalkan dapat bertemu kekasih hati.
Demikian, ikhtiar seorang pemuda, Asib Ali Bhore, 32, dari wilayah Lucknow, India yang sanggup menempuh perjalanan 4,485 kilometer semata-mata untuk datang melamar kekasihnya bernama Syarifah Haerunnisa, 25, di Kecamatan Majauleng, daerah Wajo, Sulawesi Selatan, Indonesia.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan alam percintaan
ASIB ALI - kredit foto : Tribunnews.com
Namun malangnya bukannya disambut bahagia oleh keluarga wanita tentang lamaran Asib Ali itu sebaliknya kedua-dua ibu bapa Haerunnisa menolak pinangan pemuda tersebut dengan alasan kekasihnya akan dinikahkan dengan lelaki lain selepas hari raya Aidilfitri nanti.
``Namanya Asib Ali, warga negara India yang datang ke Indonesia untuk meminang kekasihnya yang berada di Majauleng tetapi ditolak,’’ tulis @wajoupdate dalam akaun Instagram yang viral dalam media sosial, baru-baru ini.
Kesian Asib Ali, kedatangannya bukan setakat untuk meminang kekasihnya tetapi dia membawa barangan hantaran berupa produk kecantikan dan perhiasan dari India, lapor Bestie.suara.com.
SYARIFAH HAERUNNISA - kredit foto : Tribunnews.com
Dalam video yang beredar, Asib Ali mengaku sudah berkasih dengan Haerunnisa lebih setahun lalu dan mereka mula berkenalan dalam media sosial.
Akibat terlalu sayang pada wanita itu yang pandai bermain cinta menyebabkan lelaki berkenaan terpedaya sehingga dia sudah mengirimkan wang beberapa kali dengan jumlah sebanyak Rp52 juta (RM15,186) untuk perbelanjaan kekasihnya.
Kedatangan Asib Ali pada 17 Februari 2023 lalu ke Indonesia atas persetujuan kekasihnya juga kerana mereka merancang untuk bernikah.
Kredit foto : Liputan6.com
Namun harapannya musnah serta terasa dirinya tertipu, setelah tiba di negara itu lamarannya ditolak oleh keluarga Haerunnisa akibat kekasihnya akan dijodohkan dengan lelaki lain.
Lantaran kecewa dan hampa dengan sikap keluarga
kekasihnya, jejaka itu telah mengadu pada Balai Polis Wajo.
``Saya datang dari India ke Indonesia dengan menaiki pesawat semata-mata untuk Nisa (Haerunnisa) dan ketika saya ingin menikahinya kenapa pula Nisa berbohong pada saya,’’ kata Asib Ali.
ASIB Ali (tengah) bersama pegawai polis di Wajo, Sulawesi Selatan. - Kredit foto: Liputan6.com
Ketua Polis Daerah Wajo, AKBP Fatchur Rachman berkata setiba Asib Ali di Indonesia dia telah menyewa sebuah kereta untuk pergi ke rumah Haerunnisa di Desa Rumpia, Kecamatan Majaulaeng tetapi niat murni jejaka India itu ditolak oleh keluarga kekasihnya.
Menurutnya, mereka berkenalan KHaerunnisa dalam media sosial sejak 2021 sebelum mereka memutuskan untuk
menikah.
``Pihak polis telah menemui keluarga Haerunnisa dan mereka bersetuju membayar balik wang sebanyak Rp10 juta kepada Ali tetapi Ali tidak mahu.
``Alasannya, Ali datang ke sini (Indonesia) bukan kerana mahu minta wang yang diberi kepada Haerunnisa selama setahun itu tetapi dia datang ke Sulawesi Selatan kerana mahu melamar dan menikah dengan Haerunnisa,’’ katanya. - KitaReporters
ASIB ALI