Video| Sanggup sakit kerana mahu realisasi impian! Nak jadi wanita normal, cantik! Pembedahan plastik!
Published byADA wanita yang sanggup menahan sakit hanya kerana mahu merealisasikan impian menjadi seorang wanita 'normal' dan cantik.
Itu juga berlaku kepada seorang wanita muda di Jepun yang tidak berpuas hati dengan paras rupanya sehingga sanggup mengubah ciptaan tersebut.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pembedahan plastik
Lebih malang dia rela menahan rasa sakit semata-mata menjadi seorang wanita cantik. Lebih menyedihkan operasi pembedahan plastik tersebut memakan kos yang tinggi.
Memetik portal odditycentral.com, pada 29 Disember 2022 lalu, wanita yang dikenali sebagai Todoroki itu sanggup membelanjakan lebih 13 juta yen kira-kira RM437,304 semata-mata mahu memuaskan hatinya.
Namun hebatnya Todoroki, walaupun teruja untuk menjadi cantik seperti anak patung, wanita berusia 30 tahun juga sudi berkongsi kesakitan di sebalik keputusan dirinya untuk menjadi cantik.
Akui wanita tersebut, diri kini mengalami kebas pada bahagian bibir atas kesan daripada pembedahan plastik yang dilakukan.
Walaupun begitu, Todoroki tetap tidak menyesal dan mahu terus melakukan sehingga berpuas hati.
Berkongsi pengalaman pertama menjalani pembedahan, Todoroki berkata, dia terpaksa memujuk ibu bapanya untuk membenarkan melakukan pembedahan kerana usinya ketika itu baru 18 tahun.
Namun selepas meyakinkan mereka, dia akhirnya mendapat restu daripada orang tua yang bersedia menandatangani surat kebenaran berkenaan untuk membuat perubahan pada bahagian kelopak matanya.
Dia kemudian terus melakukan pembedahan beberapa kali selepas ibu bapanya merestui keinginan dirinya.
Katanya lagi, keputusan untuk membuat pembedahan itu dilakukan ketika dia masih bersekolah pada peringkat menengah rendah.
“Semuanya bermula selepas rakan-rakan sekelas mengusik saya dan memanggil sebagai orang hodoh,” kongsinya.
Usikan daripada rakan-rakan sekelas memberikan tamparan hebat kepadanya sehingga merasakan dirinya tidak berguna lagi sebelum terfikir untuk membuat pembedahan plastik.
Ujarnya, pada peringkat awal dia cuba mempositifkan diri dengan usikan rakan-rakan sekolah. Malah Todoroki juga merasakan usikan tersebut dilemparkan kerana dirinya seorang pemalu.
Namun apabila dia merakamkan gambar dengan beberapa rakan sekelas yang lain dia mengakui sangat kecewa dan mengakui dirinya terlalu hodoh.
Situasi berkenaan mendorong dia mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan bukan kerana mahu kelihatan cantik semata-mata tetapi menjadi lebih ‘normal’ .
Kini Todoroki dikenali sebagai influencer terkenal di tanah kelahirannya di Jepun dan memilik 406,000 pengikut dalam saluran Youtube.
Malah wanita hebat itu menjangkakan budaya pembedahan plastik akan menjadi ikutan di Jepun tidak lama lagi seperti yang berlaku di Korea Selatan ketika ini. - KitaReporters