"Institusi raja peneraju negara, pelindung rakyat." Istilah ini amat sesuai digunakan dan betapa bertuahnya bila mana kita mendapat ketua negara, Yang di-Pertuan Agong yang begitu prihatin serta mengambil berat terhadap kesejahteraan serta keselamatan rakyat. : KitaReporters


Agong meninjau lalu lintas di sekitar Kuala Lumpur. - Kredit video Istana Negara. 


Pada malam hari Khamis, 16 April 2020, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan melakukan tinjauan lalu lintas di sekitar Kuala Lumpur selepas pelaksanaan Fasa 3, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 15 April sehingga 28 April 2020.

Hampir sebulan yang lalu, tuanku telah juga melakukan tinjauan Fasa 1 PKP selepas arahan duduk di rumah dikuatkuasakan mulai 18 Mac 2020.


Tinjauan yang dilakukan oleh baginda itu telah mendapat pujian daripada rakyat Malaysia





Seperti mana rakyat Malaysia mengetahui, kepimpinan Seri Paduka Baginda dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merupakan pemerintah yang mesra rakyat biarpun memegang tahta selaku Yang di-Pertuan Agong.

Oleh demikian, tidak hairanlah betapa sayangnya rakyat kepada Raja dan tauladan yang ditunjukkan oleh

Seri Paduka Baginda serta Raja Permaisuri Agong telah menjadi ikutan rakyat.


Ketika petugas barisan hadapan bertungkus lumus memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat sehingga kadangkala waktu tidur serta waktu makanan mereka sendiri tidak menentu, Tunku Azizah tampil membantu.

Seperti mana kita tahu, Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong terkenal dengan sikap suka memasak. 

Oleh itu, Permaisuri Agong berkenan memasak menghulurkan bantuan makanan tengah hari kepada petugas barisan hadapan. 


Kini, dunia sedang menghadapi isu pandemik kesihatan COVID-19 yang setakat ini telah mengorbankan lebih seratus ribu nyawa di seluruh dunia dan di Malaysia sahaja, 84 kematian telah dicatatkan setakat 16 April 2020.

Oleh yang demikian, bagi memastikan kerajaan dapat memberi khidmat terbaik kepada rakyat, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Raja Permaisuri Agong berkenan untuk pihak kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja untuk Seri Paduka Baginda Tuanku Berdua selama enam bulan dari bulan Mac hingga Ogos 2020.  


Terkini, Al-Sultan Abdullah melalui Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Dato' Ahmad Fadil Shamsuddin, telah menyerahkan sumbangan peribadi baginda kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk Tabung Khas Covid-19 pada Khamis 16 April 2020.

Tuanku berharap, sumbangan dan inisiatif baginda dan Tunku Azizah dapat membantu usaha-usaha Kerajaan menangani dan membanteras penularan Covid-19 di negara ini.

"Beta berdoa semoga rakyat dan negara dilindungi dan rahmati serta pandemik ini dapat dibendung dan diakhiri dengan segera," titah Yang di-Pertuan Agong.

Ampun Tuanku! Daulat Tuanku!!

Semoga Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dan raja-raja lain "selamat bertakhta". - KitaReporters


3
0
0
0
0

Copy Link: