Pemandu Vanessa Angel berdepan hukuman bertindih! Tubagus hadapi penjara 12 tahun, denda RM7k!
Published byREMUK.. Bahagian sebelah kiri Pajero Sport dan mayat Bibi (kanan) berada berhampiran kenderaannya manakala mayat Vanessa tercampak tiga meter dari lokasi kejadian pada kecelakaan di Tol Jombang-Mojokerto, Jawa Timur, pada 4 November 2021. - Kredit foto : Tribunnews.com
PEMANDU Allahyarhamah Vaneesa Angel, Tubagus Joddy, yang telah menyebabkan kematian pasangan suami isteri artis itu dalam kecelakaan di Tol Jombang, Jawa Timur pada 4 November 2021 bakal dikenakan hukuman bertindih di bawah undang-undang termasuk yang membawa hukuman penjara maksimum 12 tahun dan denda Rp24 juta (RM7,024.35).
Pemuda yang berusia 24 tahun itu dikatakan melakukan kecuaian semasa memandu kenderaan Pajero Sport yang dinaiki Vanessa dan suaminya, Allahyarham Febri ‘Bibi’ Andriansyah dan kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Jombang, Jawa Timur selama 20 hari untuk siasatan selanjutnya kes berkenaan.
Lagi cerita-cerita duka berkaitan kemalangan maut
TUBAGUS JODDY. - Kredit foto: Suara.com
Tubagus juga dikatakan memandu kenderaan itu dengan kelajuan 120 km/jam (dan laporan yang menyebut sehingga 200 km/jam) sambil bermain telefon bimbit sebelum kenderaan itu terbabas hingga menyebabkan pasang suami isteri selebriti itu maut di lokasi kejadian.
Ketua Pengawai Perhubungan Bahagian Kemalangan Pejabat Polis Jawa Timur, Kombes Pol. Gatot Refli Handoko berkata, Tubagus akan dikenakan tindakan mengikut Pasal 310 Ayat 4 dan Undang-Undang (UU) Nombor 22 Tahun 2009 tentang Lalu Lintas dengan Hukuman Penjara 6 tahun dan denda Rp12 juta (RM3,521.73).
’Dan atau Pasal 311 Ayat 5 UU Nombor 22 Tahun 2009 dengan hukuman 12 tahun penjara dan denda Rp24 juta,’’ katanya pada 11 November 2021 dalam laporan Suara.com.
Gatot Refli memberitahu Tubagus terbukti melanggar peraturan lalu lintas yang ditetapkan dengan kelajuan 120 km/jam.
TUBAGUS JODDY
Menurut beliau, ada beberapa bukti lain yang berkaitan dengan kesalahannya termasuk dia membawa kenderaan dengan kelajuan yang tinggi sedangkan had kelajuan di tol berkenaan adalah 80 km/jam.
Mengenai hukuman bertindih yang akan dikenakan ke atas Tubagus itu, Gatot Refli berkata, pemuda itu cuai kerana melanggar peraturan Akta Pengangkutan Jalan iaitu Pasal 310 dan Pasal 311 UU Lalu Lintas dan Angkutan Jalan.
‘’Pasal 311 membabitkan ancaman hukuman paling lama penjara 12 tahun dan denda paling banyak ialah Rp24 juta,’’ katanya.
PASANGAN bahagia Vanessa dan Bibi yang sehidup semati. - Kredit foto : Suara.com
Kredit foto : Tribunnews.com
Dalam tragedi yang menyayatkan hati pada waktu tengah hari pada Khamis, 4 November 2021 lalu itu, penyanyi yang berusia 27 tahun dan suaminya terbunuh pada kecelakaan yang berlaku di Tol Jombang- Mojokerto, Jawa Timur.
Kecelakaan itu terjadi apabila Pajero yang dipandu oleh Tubagus terbabas sebelum bahagian kiri kenderaan melanggar tembok di tol berkenaan menyebabkan pasangan suami isteri berkenaan, yang masing-masing duduk di sebelah kiri kenderaan ketika itu terbunuh di tempat kejadian.
Manakala Tubagus dan anak Vanessa, Gala Sky Andriansyah berumur satu tahun empat bulan, dan seorang pembantu rumahnya terselamat dengan hanya mengalami cedera ringan dalam kecelakaan itu.
FRANS FAIZAL. - Kredit foto: Tribunnews.com
Sementara itu Tribunnews.com pada 12 November 2021 di petik
berkata, adik Bibi, Frans Faizal memberitahu abangnya dan kakak iparnya
(Vanessa) sebelum kejadian malang itu mereka berhasrat untuk menunaikan umrah
pada tahun depan (2022).
Menurutnya, sepatutnya pasangan suami itu menunaikan umrah pada penghujung tahun ini (2021) tetapi disebabkan anaknya (Gala) masih kecil lagi dan bimbang ditinggalkan bersendirian semasa mereka berada di Tanah suci nanti.
"Tetapi tidak disangka pula, niat suci abang dan kakak ipar saya tidak kesampaian kerana mereka pergi terlebih dahulu sebelum menunaikan umrah akibat kecelakaan jalan raya baru-baru ini,’’ katanya. - KitaReporters
JENAZAH Vanessa dan Bibi dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Umum Malaka Islam, Pesanggrahan, Jakarta Selatan pada 5 November 2021. - Kredit foto: Suara.com