DALAM bulan puasa pun ada yang nak menyamun!! Ingatkan semua syaitan sudah dirantai dan nafsu serakah diikat?? Malangnya tidak bagi sepasang suami isteri di Kampung Air Tawar, Tok Bali, Pasir Puteh di Kelantan apabila lima penyamun bersenjatakan pedang samursai muncul di rumah mereka. : KitaReporters 


SEPASANG suami isteri yang sedang bersiap untuk makan malam berdepan detik cemas apabila didatangi lima tetamu tidak dikenali yang membawa pedang samurai menceroboh masuk rumah mereka di Kampung Air Tawar, Tok Bali, Pasir Puteh, pada Sabtu, 16 Mei 2020.

Dalam kejadian pada jam 9 malam itu, mangsa, Syed Akhbar Mukaddim Syah, 32, dan isterinya Che Minah Che Muda, 56, hanya sempat berbuka puasa dengan menikmati cendol. 

Pasangan berkenaan sepatutnya ingin meneruskan makan malam, tetapi belum sempat menikmati  jamuan tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kemunculan lima penyamun muncul di rumah mereka. 

Syed Akhbar Mukaddim Syah


Ketika itu, tiga daripada lima lelaki terbabit yang memegang pedang samurai menceroboh masuk melalui bahagian dapur rumah dan terus menetak Syed Akhbar menyebabkan terkena pada kepala

Menurut isterinya, Che Minah, dua lagi lelaki telah mencekik lehernya dan kemudian menanggalkan sebentuk cincin serta dua utas gelang tangan emas yang dianggarkan bernilai RM70,000

Che Minah Che Muda


Menurutnya, melihat keadaan suaminya ketika itu yang berlumuran darah  dia terus menjerit sekuat hati meminta bantuan sehingga didengari anak lelakinya, Suhaimi Mohamed, 33, yang tinggal bersebelahan

Bagaimanapun, katanya, nasib malang menimpa Suhaimi apabila kepalanya turut ditetak sejurus melangkah masuk ke rumah tersebut. 

Berikutan kejadian itu, suami dan anaknya terpaksa menerima berbelas-belas jahitan akibat kecederaan pada bahagian kepala selepas ditetak dengan pedang samurai dalam kejadian samun di rumahnya. 

Suhaimi Mohamed berlumuran darah selepas ditetak penyamun


"Sejurus melangkah masuk ke dalam rumah, lelaki yang memegang pedang samurai itu terus menetak kepala anak saya hingga berlumuran darah dan menerima belasan jahitan," katanya. 

Akibat kejadian itu ruang bahagian dapur rumah mangsa berlumuran dengan darah mangsa. 

Che Minah yang seorang peniaga runcit di Pasar Tok Bali berkata, suami dan anaknya kemudian dirujuk ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh dan telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar. 

“Saya bersyukur kerana hanya cedera ringan pada bahagian pergelangan tangan Che selepas dua utas gelang miliknya disamun,” katanya.

Deputi Superintendan Mohd Azmir Damir 


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. 

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan kesemua suspek terlibat. - KitaReporters

2
3
13
0
1

Copy Link: