Kerana cemburu, jurutera cekik isteri hamil sampai mati! Cuba tanam mayat tetapi tak berjaya!
Published byPASUKAN polis berada di rumah Rajnikanth melakukan penyiasatan pembunuhan isterinya, Khushi Sharma. - Kredit foto: amarujala.com
DIA seorang jurutera di sebuah syarikat dan sangat mencintai isterinya. Perkahwinan mereka bahagia dan isterinya sedang mengandung lapan bulan. Tetapi kerana cemburu menguasai diri, dia mencekik isterinya sehingga mati.
Setelah membunuh, fikirannya buntu dan tidak tahu apa harus dilakukan dengan mayat isterinya. Akhirnya dia tinggal bersama mayat isterinya dua hari, sebelum membuat laporan dan menyerah diri kepada polis.
Lagi kisah-kisah ngeri berkaitan pembunuhan:
https://kitareporters.com/search?search=pembunuhan
NOIDA, tempat kejadian jurutera membunuh isterinya terletak kira-kira 25 kilometer dari Delhi, Uttar Pradesh.-Kredit Google Map.
Kejadian berlaku di Noida, 25 kilometer dari Delhi, Uttar Pradesh. Rajnikant Dixit, 28, dan Khushi Sharma, 25, berkahwin pada April 2020 dan tinggal di sebuah rumah di Noida.
Dua bulan selepas berkahwin, Khushi mengandung.
Memetik laporan www.timesnownews.com, pasangan itu hidup bahagia menanti kelahiran cahaya mata pertama.
Namun kasih saying Rajnikant bertukar menjadi kemarahan apabila pada Ahad 21 Februari 2021 pukul 8 malam dia pulang ke rumah dan mendapati ada lelaki lain bersama isterinya. Dipercayai lelaki ini adalah bekas kekasih Khushi.
Pertengkaran tercetus serta merta dan lelaki itu meninggalkan rumah tersebut. Keesokan harinya suami isteri itu bertengkar lagi. Suasana sangat tegang. Dalam keadaan marah, Rajnikant mencekik Khushi sampai mati.
RAJNIKANTH Dixit (tengah) kini dalam tahanan polis kerana mencekik isterinya hingga mati di Noida, Delhi pada 22 Februari 2021. - Kredit foto: amarujala.com
Usahanya melupuskan mayat gagal. Selepas dua hari, dia menyerah diri ke Balai Polis Beta-11 pada pukul 2 petang Rabu 23 Februari 2021.
Dia memberitahu
polis, dia membunuh isterinya kerana dia mempunyai hubungan sulit, dan mayat
isterinya ada di rumah.
Sepasukan polis segera berkejar ke rumah Rajnikant dan menemui mayat Khushi terlentang di dalam rumah.
Polis kemudian membawa mayat ke hospital untuk bedah siasat dan menahan Rajnikanth.
Sewaktu soal siasat, Rajnikanth memberitahu polis, dia tersangat marah kerana sikap curang isterinya. Dalam keadaan marah yang tidak terkawal sewaktu mereka bertengkar, dia telah hilang pertimbangan lalu mencekik isterinya hingga mati.
Dalam soal siasat tersebut Rajnikant juga memberitahu, dia cuba menanam mayat isterinya dibawa lantai rumah, malah telah pun memecahkan jubin lantai dan mengorek lubang pada satu bahagian rumah tersebut.
Namun dia gagal kerana tugas mengorek itu dirasakan terlalu sukar. Bukan mudah mengorek lubang luas, panjang dan dalam yang boleh memuatkan mayat seroang dewasa.
Dia kemudian cuba membuang mayat isterinya di satu laluan air berhampiran rumah dengan harapan mayat akan hanyut ke longkang besar tetapi itu pun gagal. Akhirnya dia mengambil keputusan melaporkan kepada polis.
LUBANG yang cuba dikorek oleh Rajnikanth di rumahnya untuk menanam mayat isterinya tetapi gagal. - Kredit foto: amarujala.com
Soal siasat juga mengesahkan sebelum Khushi bertemu dan berkahwin dengan Rajnikanth, dia mempunyai hubungan dengan seorang lelaki yang tinggal di Gurugam, Haryana.
Dipercayai lelaki inilah yang berada di rumah bersama Khushi sewaktu Rajnikanth pulang. - KitaReporters.com