Warga emas Senik Mat Zin gigih bercucuk tanam! Untuk kegunaan keluarga! Untuk kepuasan hidup!
Published bySenik Mat Zin menghabiskan sisa-sia hidupnya dengan melakukan kerja-kerja bertani. - Kredit gambar-gambar FB Setiukini
MINAT untuk bercucuk tanam tidak pernah luntur walaupun tenaganya sudah dimamah usia kerana pertanian dianggap sebati dalam kehidupan, malah melakukan kerja bertani mampu mengekalkan kesihatan diri.
Kerana itu usia bukanlah penghalang untuk melakukan kerja-kerja bertani asalkan sanggup berada di tengah panah terik mata hari bagi mempastikan tanaman yang ditanam menghasikan kejayaan.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan bercucuk tanam:
https://kitareporters.com/search?search=bercucuk+tanam
Video| Nenek Ummi Kalthum gigih berkebun, dayung perahu! Bagi kekalkan kecergasan diri, minda
Senik Mat Zin walaupun sudah berusia tetapi masih gigih bercucuk tanam. - Kredit gambar: FB Setiukini
Seorang warga emas, Senik Mat Zin, 86, dari Bukit Pelong, Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu masih gigih mengusahakan pelbagai tanaman berhampiran rumah anaknya untuk kegunaan keluarga.
Dia yang berasal dari Kampung Temir, Hulu Terengganu itu tinggal bersama anaknya di Setiu sejak kira-kira tiga tahun lalu.
Senik berkata, walaupun sudah berusia tetapi dia rasa seronok melakukan
kerja bertani kerana amalah tersebut sudah dilakukan sejak zaman muda.
“Selagi badan masih sihat dan bertenaga dia tetap melakukan aktiviti tersebut kerana ia juga memberi satu kepuasan dalam menjalani kehidupan seharian,” katanya.
Menurut menantunya, Suhaimi Sulong, 60, ibu mentuanya itu memang gemar berkebun, malah hampir setiap hari dia akan berada di kebun selama kira-kira satu jam atau lebih.
"Dia akan dibantu oleh isteri saya menanam pelbagai jenis tanaman antaranya ubi, tebu, pisang dan sayuran," katanya.
Rutin harian Senik dengan bercucuk tanam di halaman rumah
Suhaimi berkata, mentuanya itu akan berada di kebun kira-kira jam 7.30 pagi selepas bersarapan.
"Kebanyakan tanaman yang ditanamnya hidup subur dan dia sendiri yang menjaga tanpa kelihatan penat," katanya.
Suhaimi berkata, ibu mentuanya itu memang gemar bertani sejak muda lagi
kerana itulah, walaupun kelihatan seperti uzur, dia masih mampu mengusahakan
tanaman dengan baik. - KitaReporters