Berita Terkini| Ramadan 1442: 100k jemaah dibenar solat di Masjidil Haram! 50k lakukan umrah!
Published byMASJIDIL Haram. - kredit Foto Republika.com
SERAMAI 150,000 orang akan dibenarkan mengerjakan ibadat umrah atau solat secara harian di Masjidil Haram, Mekah sepanjang bulan Ramadan yang akan disambut bermula 13 April 2021 ini.
Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci yang dipetik
arabnews.com sebagai berkata daripada jumlah itu, seramai 100,000 jemaah
dibenarkan menunaikan solat di Masjidil Haram, manakala 50,000 jemaah lagi
menunaikan ibadat umrah.
Kementerian Hal Ehwal Islam, Bimbingan dan Dakwah
memaklumkan, kebenaran umrah akan diberikan kepada jemaah berusia 65 tahun ke
atas yang sudah menerima suntikan vaksin COVID-19.
Keputusan itu dibuat sebahagian daripada rancangan meningkatkan kapasiti operasi masjid.
Ketua Umum Dua Masjid Suci, Sheikh Abdulrahman
Al-Sudais, berkata suntikan itu adalah syarat untuk memasuki Masjidil Haram di Mekahdan
Masjid Nabawi di Madinah.
Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Agama, Dr Abdullatif
Al-Asheikh pada Selasa, 6 April 2021 mengeluarkan arahan dengan langkah
berjaga-jaga untuk mencegah penularan COVID-19 pada Ramadan.
Malah, majlis berbuka puasa, sahur dan itikaf dalam
masjid ketika Ramadan akan ditangguhkan, manakala jumlah lokasi untuk solat Aidilfitri akan diperluas.
"Perkara berkaitan mengadakan solat tarawih dan
qiyam di masjid pula akan diumumkan kemudian," katanya.
Pada 6 April 2021, Arab Saudi melaporkan sebanyak 792 kes baharu
Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu sebanyak 394,169 kes. - KitaReporters