Video| Pasangan berkhalwat dimandikan air longkang! Kemudian diserahkan kepada polis syariah!
Published bySATU pasangan yang dicekup berselingkuh dan berzina telah dihukum oleh penduduk tempatan mengikut hukum sosial dengan dimandikan dengan air limbah atau air longkang sebelum dihantar kepada polis syariah Aceh.
Kejadian ini dilaporkan berlaku di Kampong Cot Masjid, Kecamatan Luengbata, Banda Aceh pada Ahad, 18 April 2021.
Pasangan berselingkuh (berkhalwat) ini adalah lelaki yang dikenali sebagai HA, 38, dari Jangka Buya, Pidie Jaya. Aceh dan wanita, FSN, 21, dari Kudus, Jawa Tengah.
Kedua-duanya sudah mempunyai keluarga dengan HA sudah mempunyai isteri dan dua anak, sementara suami FSN tinggal di Kudus. FSN tinggal di Aceh Besar sejak 5 bulan lalu untuk bekerja.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pasangan berkhalwat
Penduduk kampung mengesyaki pasangan ini menjalin hubungan intim sejak 2 bulan bulan lalu dengan HS pernah beberapa kali terserempak berada di rumah sewa FSN.
Kedua-duanya bertemu ketika sama-sama berniaga kuih dan makanan sebagai kerja tambahan di stesen bas Banda Aceh dan mula rapat sejak 2 bulan lalu. Sejak itu HA kerap berkunjung ke rumah sewa FSN dan kerap melakukan hubungan terlarang.
Mengesyaki kedua-duanya melakukan perkara sumbang, membuat sekumpulan penduduk kampung melakukan serbuan ke rumah sewa FSN pada Ahad, 18 April 2021 kira-kira jam 12.30 tengah hari waktu tempatan.
Ketika diserbu penduduk, pasangan ini mengaku mengadakan hubungan seks sebanyak dua kali sebelum subuh, sementara FSN mengatakan dirinya berpuasa hari itu.
HS mengaku pergi ke rumah sewa FSN pada jam 3 pagi Ahad dan sempat melakukan hubungan intim sebanyak 2 kali sebelum subuh.
Sesuai dengan hukuman sosial di daerah itu pasangan itu dihukum mengikut peraturan setempat iaitu dimandikan dengan air limbah (longkang).
Pasangan itu mencangkung dekat dengan longkang kecil dan dicurah dengan air limbah.
Hukuman sosial tersebut merupakan bentuk kekesalan penduduk, di mana pasangan selingkuh itu dianggap sudah mencemari kampung mereka. Tambahan pula perbuatan haram itu dilakukan dalam bulan Ramadan.
Selepas diberi hukuman sosial, barulah pasangan itu diserah kepada polis syariah Aceh untuk tindakan lanjut. - KitaReporters
Pasangan ini dibawa menaiki polis syariah. Kredit foto: Serambi Indonesia.