Video| Polis bantu janda bersalah curi motor? Bawa anak demam ke klinik dan beli susu tepung!
Published byRakaman CCTV memperlihatkan WI membawa lari motosikal jirannya. - Kredit foto: Tribune News.
JANDA beranak satu ini, WI, 40, tidak pernah mencuri. Namun kerana kesesakan dia terpaksa mencuri sebuah motosikal kapcai untuk membawa anak kecilnya menerima rawatan demam panas dan membelikan susu tepung untuk si anak.
Kesalahan tersebut dilakukannya kerana dia tiada kenderaan untuk membawa anak yang berusia setahun setengah yang demam panas ke klinik.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Indonesia
Ketika berjalan di sekitar kawasan perumahan tempat rumah sewanya, WI terlihat sebuah motor jenis Honda Beat yang terdapat kunci pada motosikal berkenaan yang diletakkan di salah sebuah rumah jirannya.
WI menunggang motor itu sambil mengendong anaknya ke klinik, dan kemudian membeli susu tepung untuk anaknya.
WI dibawa ke balai polis dan diberi nasihat. - Kredit foto: Tribune News
Sementara itu, pemilik motor itu membuat laporan dan polis berjaya mengesan suspeknya melalui kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan perumahan itu.
Lalu sepasukan polis pergi ke rumah sewa WI di Desa Sumbertanggul, Kecamatan Mojosari, Kabupaten Mojokerto, Jawa Timur. Dia kemudian dibawa ke balai polis.
Janda itu mengaku mengambil motor tersebut dan menjelaskan kenapa dia melakukan kesalahan tersebut.
Menurut Ketua Polis Mojosari, Heru Purwandi, kes pencurian motor itu dikendalikan oleh unit jenayah, Polis Daerah Mojosari, Jawa Timur.
Setelah mengetahui tujuan WI mencuri motor itu dan meletaknya kembali di tempat tidak jauh dari tempat asal dicuri, Ketua Balai Polis Mojosari bercadang menyelesaikan kes jenayah tersebut secara kekeluargaan.
WI ditemukan dengan pemilik motosikal itu. Pemiliknya, Aulia Nur Pratiwi bersedia memaafkan WI.