Bob Lokman rayu sumbangan! Pembedahan kawal denyutan jantung!
Published bySEBUT saja nama Bob Lokman tidak perlu diperkenalkan pasti semua mengenali kehebatannya di pentas suatu masa dahulu. Malah namanya dalam dunia muzik tempatan bukanlah asing, semua mengenalinya ditambah pula dengan kebolehan mencipta lagu-lagu yang kebanyakannya berkisar tentang kekecewaan dan putus cinta. : KitaReporters
Lagi kisah-kisah berkaitan Bob Lokman:
https://kitareporters.com/search?search=bob+lokman
Lirik lagu Isabella nyanyian Amy (Search) juga adalah antara lagu yang mendapat sentuhan emas Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman.
Namun itu adalah sebahagian daripada kisah diri Bob pada zaman kegemilangannya sebelum berhijrah dan meninggalkan dunia muzik tanah air.
Terbaharu, menerusi perkongsian dalam akaun Facebook miliknya, bekas pelakon dan penulis lirik yang berusia 58 tahun itu merayu sumbangan orang ramai untuk pemasangan IACD (Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator) bagi mengawal denyutan jantungnya.
Menurutnya, pembedahan berkenaan bakal dilakukan dalam masa lebih kurang sebulan daripada sekarang dan memerlukan kos RM60,000
Sehubungan itu dia merayu kepada orang ramai untuk memberi sumbangan kepadanya berikutan keadaan yang kurang sihat dan tidak dapat melakukan kerja-kerja berat.
Sejak tidak aktif berlakon dan menulis lagu beberapa tahun kebelakangan ini, dia banyak menghabiskan masa dengan aktiviti keagamaan. Pada Januari 2020, Bob dikejarkan ke hospital selepas dilaporkan rebah ketika jelajah kuliah agama.
Semoga kita semua dapat membantu sekali gus dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Bob pada hari ini.
Mungkin ini hari dia, tidak salah untuk kita menyumbang kerana belum tentu kita semua sentiasa berada dalam keadaan sihat dan senang sepanjang masa.
Bagi mereka yang berniat untuk menyumbang boleh salurkan sumbangan kepada akaun Maybank 162348359386 (Relawati Bt Daud) atau Maybank 564490211159 Muslim Care Malaysia.
Semoga sedekah yang disalurkan itu mendapatkan keredaan Allah dan diberi kesembuhan Bob. - KitaReporters