PENUNTUT Sarjana Muda Komunikasi, Universiti Utara Malaysia (UUM), Ahmad Faiq Ariff Abdul Manan membuktikan status se4bagai pelajar bukan penghalang untuk menyertai Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi membantu mangsa banjir di negara ini.

Peribahasa 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul' amat tepat dengan situasi penduduk di negara ini yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini.

Dalam konteks itulah konsep Keluarga Malaysia diketengahkan bagi aspirasi segenap lapisan rakyat agar 'yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing'.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sukarelawan banjir


Sumbangan barangan keperluan harian kepada mangsa banjir.


Anak kelahiran Teluk Intan, Perak ini bersama-sama rakan yang bergiat aktif dalam kerja-kerja kesukarelawan dan komuniti sejak dua tahun lalu telah mengerakkan pasukan membantu mangsa banjir yang memerlukan sumbangan barang keperluan, membersihkan rumah serta kawasan sekelilingnya.

Ahmad Faiq berkata, mereka terpanggil untuk menyertai Misi Banjir Lembah Klang anjuran Pertubuhan Demokrat Sosial selama lima hari yang melibatkan Kampung Kebun Bunga, Batu 3, Shah Alam; Kampung Padang Jawa, Shah Alam; Kampung Tengah serta Kampung Seri Andalas, Puchong; dan Kampung Sungai Lui, Hulu Langat.


Pasukan petugas bersiap sedia untuk menurunkan barangan untuk operasi pembersihan.

“Kami terkejut dan terpaksa menahan sebak bila melihat kemusnahan dan kehilangan tempat mereka berteduh selama ini,” ujarnya kepada KitaReporters. 

Barangan keperluan harian, pakaian, makanan, minuman, peralatan rumah, kenderaan dan sebagainya musnah dalam sekelip mata. 


Pembersihan dilakukan secara cermat agar barangan tidak rosak.


Katanya,  musibah banjir yang melanda negara amat menyayat hati dan memberi keinsafan sehingga mengundang simpati rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama berganding bahu menghulurkan bantuan.

"Operasi pembersihan pencucian akibat banjir lumpur menggunakan ‘water jet’  terpaksa dilakukan secara berhati-hati kerana pembersihan dalam rumah mungkin akan mengakibatkan kerosakan yang lebih teruk.

“ Kami melakukan kerja pembersihan dengan mendapat persetujuan dan membuat perbincangan dengan keluarga yang terbabit dengan banjir lumpur sebelum membuang barangan yang rosak,” ujarnya lagi.


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul apabila melihat kemusnahan barangan keperluan mangsa banjir.

Tambahnya, penyertaaan mereka kali ini untuk operasi bantuan bukan sahaja memerlukan kewangan dan peralatan yang banyak tetapi lebih menyentuh perasaan ialah apabila melihat kemusnahan harta benda yang begitu banyak. 

"Rumah dibanjiri lumpur, barangan dalam rumah musnah, pakaian dan harta benda lain antaranya kenderaan dan peralatan elektrik semunya rosak sekaligus.

"Semoga penyertaan kami ini bukan sahaja dapat meringankan beban mereka malah dapat memberi keinsafan serta melipatgandakan semangat untuk terus membantu mereka yang memerlukan," katanya. - KitaReporters


Menyantuni penghuni rumah sebelum menjalankan kerja pembersihan.

9
11
1
10
0

Copy Link: