DALAM berita ada melaporkan seramai 4,000 lagi peserta Ijtimak Tabligh yang berlangsung di Masjid Seri Petaling, Selangor tidak tampil membuat saringan kesihatan mereka. Ia sedikit sebanyak akan menimbulkan kegusaran kepada msyarakat. Lantaran itu, tampil salah seorang peserta tersebut berkongsi pengalaman beliau pergi membuat saringan Covid-19 di hospital. : KitaReporters

Laman Facebook Mizie Ramlee


Pengguna Facebook bernama Mizie Ramlee berkongsi melalui satu hantaran beliau yang menyeru rakan-rakan peserta yang lain untuk tampil membuat saringan.

"Untuk para peserta Ijtimak Tabligh mohon sama-sama kita putuskan rantaian Covid-19. Sila tampil dan buat pemeriksaan dan saringan. Ayuh sayangi negara kita, keluarga kita," katanya dalam posting tersebut.

Ikuti kisah beliau di bawah :

SARINGAN COVID-19 : PENGALAMAN DAN KEPERLUAN.

• Ambo salah seorang peserta Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling yang berlangsung dari 28 Feb hingga 1 Mac 2020 lepas. Ambo dah pergi saringan dan alhamdulillah result negatif.

• Rata² teman baik ambo tahu..rakan² fb kot baru tahu. Jangan lari pulak bila kita jumpa..😁 🤣

• Berikut penulisan ambo mengenai pengalaman hadap saringan Covid-19 dan apa kepentingannya. Harap membantu kalian yang takut² nak pergi buat saringan.

Pengalaman Saringan

• Bila dapat tahu ada peserta ijtimak positif Covid-19, ambo call hotline CPRC dan dia akan guide apa perlu buat. Kena call banyak kali..sekali call line tak mau masuknya.

• Ambo pilih untuk buat saringan di Hospital Sungai Buloh (HSB). Dekat dengan rumah dan familiar blok² situ.

• Saringan Covid-19 HSB terletak di Kecemasan dan Trauma, daftar situ. Yang banyak ambulans duk parking tu..

• Nurse pendaftaran punya dressing pun serum dah tengok; pakai macam baju ujan..pastu mask ada visor. 

• Aii..serius nyakit ni.

• Nurse akan tanya lebih kurang, baru balik dari oversea ke atau dari tempat positif Covid-19..jawab lah ambo dengan jujur..ada join Masjid Seri Petaling cik misi.

• Zass..nurse bagi sekeping kertas kecik untuk ambo bawa ke zon saringan di parking basement.

• Turun lah ambo ke basement. Nampak je 'Markas  Saringan Covid-19', laluan terbagi 2..Saringan Dengan Sintom dan Saringan Tanpa Sintom.

• Sebab ambo tak de hadapi sintom² demam, batuk kering, sukar bernafas..ambo pilih laluan Saringan Tanpa Sintom.

• Beraturlah situ dengan jarak 1 meter sorang. Janggal kakloh beratur jauh² ni..

• Kakak dekat dengan ambo yang di laluan Saringan Dengan Sintom duk batuk²..aii..serum pulok situ..semoga akak sihat, saya turut sihat..doa dalam hati.

• Sampai giliran ambo, Dr. yang dressing macam kat kaunter atas tadi minta Kad Pengenalan.

• Ambik Kad Pengenalan yang ambo hulur pun dengan tisu yang basah. Lap² Kad Pengenalan ambo dengan tisu tu..

• Aii..serius bahaya virus ni..memang bahaya..itu yang ambo fikir time tu.

• Tulis² kat kertas..Dr. pun ambik bacaan temperature ambo dengan tembak kat dahi.

• Sah tak demam.

• Bermula la sesi menyiasat. Dr. tanya ambo jawab. Macam² soalan ke arah nak ngesahkan je..

• Dr. suruh ambo balik dan datang hospital terus jika demam di lain hari. Kertas Home Assessment Tool dibekalkan.

Kertas Home Assessment Tool dibekalkan. Foto:  FB Mizie Ramlee.


• Itu je? Ye lah..itu je pun, ambik bacaan temperature dan soal jawab.

• Dah tak perlu takut nak ke saringan Covid-19 jika sihat. Jika tak sihat ambo tak pastilah..mungkin ada step ambik sample kat badan kot.

• Kalian takut jarum ek? 🤣 mana ada cucuk²..adoyaii..

Keperluan Saringan.

• Jika sihat sekalipun tapi kita dari tempat/event berisiko besar macam Masjid Seri Petaling tu..tetap kena hadir untuk rekod KKM.

• Katakan 15,000 masa ijtimak tu, 14,999 dah hadir buat saringan..aku je belum..tak pening 1 Malaysia cari aku sorang je? Contoh bhai..🤣

• Beri kerjasama walaupun kita sihat takde sintom..sebab kita mungkin bukan pengidap, mungkin pembawa/penyebar virus.

• Alamak..pembawa, camne tu? 😥

• Ye la..antibodi ambo mungkin kuat lawan Covid-19, tapi lepas ijtimak tu ambo ada jumpa orang lain..orang lain kot akan terkena.

• Boleh jadi ambo pembawa..soalan² tu yang Dr. akan tanya semasa saringan..ada baby kat rumah kena sintom Cavid-19 tak? Ada anak², isteri..kawan², mak ayah kena sintom Cavid-19 tak lepas jumpa kamu selepas ijtimak..?

• Alhamdulillah..anak isteri, kawan² yang ambo jumpa sihat je. Mak ayah kat kampung..memang tak jumpa. Dah 17 hari dah dari tarikh ijtimak.. alhamdulillah semua ok stakat ni.

• Sebab tu ambo marah sangat yang balik kampung time² gini..bukan sebab dengki tak balik sama 🤭.

Jangan takut, anda membantu.

• Jadi, jangan takut nak pergi buat saringan Covid-19 jika dipanggil. Pergi..anda membantu sebenarnya.

• Banyakkan duduk setempat..tak payah la balik kampung, melancong bagai. Ini fasa kawalan.

• Betul lah maksud hadis..

"Jika kamu mendengar penyakit taun melanda di satu tempat, janganlah kamu masuki tempat itu. Dan jika kamu berada di tempat tersebut, janganlah kamu keluar dari situ" (Muttafaqun alaih). - KitaReporters

Sumber Facebook : https://www.facebook.com/100001282073216/posts/3016484101737629/

0
0
0
0
0

Copy Link: