Untukmu ayah! Hadiah sebuah kereta! Air mata ayah jatuh jua!

Published by
KitaReporters

HARI ini seperti sedia maklum merupakan sambutan Hari Bapa, maka penuh dalam media sosial dengan ucapan 'Selamat Hari Bapa'.  Ada yang sekadar beri ucapan, namun ada juga yang berikan hadiah sebagai tanda kasih sayang terhadap ayah. Bagi Haziq, beliau dan adik beradik telah lakukan satu kejutan kepada ayahnya dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu. : KitaReporters


Seperti kita, bila dapat hadiah biasa pun terharu, apatah lagi jika diberikan sebuah kereta baharu beb!!! 

Bukan hadiah biasa-biasa tu!!!

Kredit Twitter Haziqsapu. 


Video yang dikongsi oleh Haziq dalam akan Twitter beliau itu jelas menunjukkan ayahnya tidak dapat menahan sebak dek kerana kejutan daripada anak-anaknya.

Duit boleh dicari jika nak dibandingkan kasih sayang daripada seorang ayah yang telah membesarkan kita hingga sekarang.


Mereka adik beradik tidak membeli kereta ini secara tunai sebaliknya akan bayar secara bulanan bersama-sama.

Kredit Twitter Haziqsapu


Tahniah Haziq, moga rezeki anda dan adik beradik akan terus dimurahkan!!

Kepada ayah-ayah di luar sana, selamat menyambut Hari Bapa, moga akan terus kuat dan diberi kesihatan yang baik.

Video berdurasi 1.30 saat itu telah ditonton lebih100,000 tontonan. - KitaReporters

117
7
7
4
7

Copy Link: