Video| Aneh tapi benar! Penemuan mengejut! Doktor keluarkan cacing hidup dalam otak wanita warga emas!

Published by
KitaReporters


Sesuatu yang pelik tapi itulah yang berlaku terhadap seorang wanita warga emas apabila pasukan doktor di Australia terkedu selepas penemuan seekor cacing parasit yang masih hidup di dalam otaknya.

Penemuan seekor cacing itu dikesan ketika pembedahan dilakukan ke atas wanita yang berusia 64 tahun yang mengalami hilang ingatan.

Lebih mengejutkan penemuan cacing yang hidup berkenaan merupakan kes yang pertama di dunia.



Terdahulu wanita berkenaan dikejar ke hospital selepas mengadu mengalami sakit perut dan cirit-birit selama tiga minggu, diikuti batuk kering berterusan dan demam. 

Dia juga mengalami simptom  kemurungan dan hilang ingatan sejak tahun lalu sebelum dirujuk ke hospital Canberra.

Dan hasil imbasan MRI (pengimejan resonans magnetik) mendapati wujudnya keabnormalan pada bahagian hadapan kanan otak pesakit itu yang memerlukan pembedahan segera.

Memetik laporan The Guardian, seorang pakar bedah saraf, Dr. Hari Priya Bandi berjaya mengeluarkan cacing parasit yang berukuran lapan sentimeter dari otak pesakit wanita warga emas berkenaan.



Dr Hari kemudian merujuk kepada rakan sekerja lain bagi mendapatkan nasihat dan rawatan susulan yang perlu dilakukan selepas penemuan cacing berkenaan.

Dia kemudian menghantar sampel cacing berkenaan ke makmal saintis CSIRO yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas mengenai parasit. 

Bagaimanapun sangat mengejutkan apabila makmal mengesahkan penemuan berkenaan merupakan cacing jenis Ophidascaris robertsi yang jarang dijumpai dan hanya ditemui dalam ular sawa. 



Bagaimanapun hasil soal selidik terhadap wanita yang berasal dari New South Wales itu mendapati dia tinggal berhampiran kawasan tasik yang mempunyai ular sawa.

Meskipun, tiada sentuhan secara langsung dengan reptilia itu, namun wanita warga emas itu sering mengambil sayuran dari sekitar tasik untuk digunakan dalam masakannya.

Mungkin menyebabkan wanita itu terdedah dengan cacing yang 'singgah' ke badan sebelum berkampung di otaknya.

Pelikkan tapi itulah yang berlaku. - KitaReporters

 

16
10
0
6
0

Copy Link: