Sempat minta maaf dengan jemaah! Pengerusi masjid meninggal dunia masa sujud rakaat pertama tarawih!

Published by
KitaReporters

IR PURNOMO ADJIE - kredit foto : Tribunnews.com


PENGERUSI masjid di Palembang, Sulawesi Selatan, Indonesia yang meninggal dunia pada 23 Mac 2023 lalu ketika sedang solat tarawih berjamaah dalam posisi keadaan bersujud sempat meminta maaf kepada makmum sebelum memulakan solat sunat tersebut. 

Ir Purnomo Adjie, 61, meminta maaf ketika mangsa berucap selaku pengerusi masjid di hadapan para Jemaah sempena sambutan awal Ramadan di Masjid Jamil An-Nur, Palembang.

Selain itu, Purnomo juga meminta para jemaah yang hadir untuk mendirikan solat tarawih malam itu agar memperbanyakkan amalan ibadat pada bulan Ramadan  tahun 2023.


  

IR Purnomo Adjie meninggal dunia dalam keadaan bersujud ketika sedang menunaikan solat terawih rakaat pertama di Masjid Jamil An-Nur, Palembang, Sulawesi Selatan pada awal bulan Ramadan baru-baru ini - kredit foto : Tribunnews.com


``Saya memohon kemaafan kepada warga sekiranya terdapat kesilapan dan tingkah laku saya yang tidak menyenangkan selama saya menjawat sebagai pengerusi masjid ini,’’ katanya sebelum Purnomo memulakan solat tersebut pada malam pertama solat tarawih Ramadan (22 Mac 2023), lapor Tribunnews.com pada 24 Mac 2023.

Ketika solat tarawih itu, Purnomo yang berada di saf belakang iman tiba-tiba meninggal dunia dalam keadaan bersujud kemudian terjatuh di lantai pada rakaat pertama solat berkenaan.

Para kariah terkejut melihat kejadian itu lalu membawa mangsa ke Hospital Pusri, Palembang tetapi doktor mengesahkan Purnomo telah meninggal dunia.


Kredit foto: TribunJabar


``Innaillahi wainnaillahi rojiun, telah meninggal ketua masjid Jami An-Nur Bapak Ir Purnomo Adjie. Sebelum meninggal  beliau memberi kata sambutan dan pesan agar ibadat kita bulan Ramadan ini harus lebih baik daripada sebelumnya dan meminta maaf kepada semua jamaah masjid.

``Rakaat pertama solat tarawih berada di saf pertama di belakang imam berjarak lima jemaah daripada saya, beliau roboh dengan posisi dalam keadaan sujud, dibantu oleh jemaah masjid dilarikan ke rumah sakit namun Allah berkehendak lain, pada hari pertama bulan Ramadan, insya-Allah beliau husnul khatimah, Amin,’’ tulis akaun Promo Palembang.

Sementara itu, menurut warga, sebelum kejadian allahyarham memberitahu bahawa dirinya tidak sihat dan sakit dada.

Allahyarham juga dikatakan tidak pernah bercakap kasar dan bersikap lemah lembut apabila bertutur dengan warga setempat.

Purnomo sering menganjurkan pelbagai program keagamaan bagi menarik minat warga terutama golongan muda supaya sentiasa datang ke masjid untuk mendirikan solat.

Beliau juga selalu membantu penduduk kampung yang menghadapi masalah kewangan dengan menyalurkan wang tabung masjid kepada mereka yang didapati layak menerima sumbangan. - KitaReporters


Kredit foto: Sumeks.co

 

 

 

19
12
0
12
0

Copy Link: