2 April Hari Kesedaran Autisme Sedunia! Luahan bapa, anak hidap ASD! Mula-mula sedih tapi kini reda!
Published bySetiap pasangan suami isteri inginkan sebuah kehidupan keluarga yang bahagia serta ceria. Tambahan pula tidak lama kemudian mereka (suami isteri) dikurniakan rezeki mempunyai anak yang selama ini menjadi idaman setiap pasangan berkahwin yang dibina bersama atas dasar kasih sayang.
Sebuah
bingkisan atau catatan dimuat naik dalam Facebook
Firdauz Abdullah yang berkongsi cerita dan pengalaman beliau mempunyai anak
autisme.
“Waktu
lahir dulu, dia nampak normal. Tiada tanda-tanda ketara atau petanda buat kami.
“Masuk umur dua tahun, barulah tanda-tanda itu muncul. Memang dah mula struggle kami ketika itu.. Sungguh weh! pernah juga membanding anak sendiri dengan anak orang lain”, kongsi Firdauz.
Adik Matin - Sumber Facebook Firdauz Abdullah.
Sememangnya
peringkat awal, anak lelakinya yang dipangil Matin tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda atau petanda yang agak
aneh atau pelik.
Setelah
anak beliau menginjak usia dua tahun baharulah sikap atau perwatakan seperti
menghantukkan kepala ke dinding (meltdown), bersikap ganas, marah dan mudah kecewa. Dia (Matin) juga akan membaling iPad jika segala keinginan atau kehendaknya tidak ditunaikan.
Matin juga
sukar untuk tidur sehingga dia sanggup bersengkang mata sehingga jam 2 hingga 3
pagi; malah masih aktif. Jika menyentuh soal komunikasi ianya sangat lemah dan jika memanggil namanya 4
atau 5 kali barulah hendak menyahut. Kelihatannya
dia seperti hilang fokus dalam dirinya.
“Anak saya
ni tak normal ke?” soal Firdauz kepada seorang pakar perubatan kanak-kanak.
“Anak puan dan tuan nampaknya ada ciri-ciri
ketara ASD.
“Autism Spectrum Disorder?
“Ya,
setelah sejam kita buat pemerhatian ni.. rasanya Encik pun boleh bandingkan
dengan adiknya yang baharu enam bulan tu dari segi fokus, dan saya akan rujukkan
pada pakar perkembangan kanak-kanak,” jelas doktor.
Firdauz
terdiam dan pegun sebentar, barangkali memikirkan sesuatu tentang
nasibnya apabila doktor telah mengesahkan anaknya benar-benar menghidap Autism Spectrum Disorder (ASD).
“Uishhh remuk hati waktu tu.. sedihlah aku sebagai bapak.. dan mulalah terfikir kenapalah Tuhan menghukum aku sebegini..”, bicara hatinya.
Walaupun
pada mulanya, Firdauz paling berat hendak
mengakui hakikat yang bakal dihadapi kelak, namun beliau tetap berasa bersyukur
kerana dikurniakan seorang isteri yang sangat tabah dan kuat semangat.
Dialah yang
memberikan sokongan untuk kami anak beranak agar tidak melarat (berlarutan) dan
hanyut dalam kesedihan serta kekecewaan.
Firdauz dan
isteri sebenarnya sudah berada di landasan yang betul. Apabila melihat anak
mereka sudah mula menunjukkan ciri-ciri
ASD seawal usia dua tahun.
Selanjutnya
mereka perlu bangkit dengan mengambil langkah-langkah proaktif dan positif
dengan melakukan perkara-perkara seperti di bawah ini:
1. Kami
bandingkan perkembangan Matin berpandukan carta perbatuan kanak-kanak yang ada
di dalam Buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
2. Setiap
kali membawa anak untuk melakukan pemeriksaan kesihatan, kami akan bertanya
kepada doktor dan jururawat dengan meminta pendapat serta pandangan mereka
untuk menangani masalah anak mereka.
3. Untuk mendapatkan
pandangan kedua, kami juga membawa Matin berjumpa doktor Pakar Kanak-kanak, sebelum
merujuk kepada Pakar Perkembangan Kanak-kanak dan juga pegawai terapi cara
kerja untuk membuat penilaian ke atas Matin.
Kemudian beberapa
ujian pengesahan dari segi perkembangan fizikal, mental dan banyak lagi seperti
sensory
profiling termasuk juga ujian
kecerdasan (IQ test) dilakukan.
4. Kami
gigih ke sana ke mari mengikuti bengkel yang dianjurkan pihak KKM melalui
hospital, NGO dan juga pusat terapi swasta. Dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur
adalah perkara biasa; dan di dalam alam mayalah paling banyak kami mendapatkan
ilmu.
5. Mulakan
intervensi di rumah. Ini yang paling penting, sebab masa mereka (anak-anak)
dengan kitalah yang paling berharga. Jangan risau dengan pandangan orang lain terhadap
pada anak kita. Kita bukan hidup dengan duit mereka pun. Kuatkan semangat dan
teruskan merangsang anak kita dirumah dengan pelbagai aktiviti.
6.
Selalulah bermain dengan anak-anak. Bermain adalah perkara paling berkesan
untuk melatih fokus, komunikasi dan sensori mereka. Ya, bawa anak-anak keluar
ke taman permainan selalu, kerana di sana ada pelbagai benda yang boleh membantu
anak-anak kita.
Jangan
segan dan takut nak bawa anak keluar, mereka perlu diberi stimulasi atau ransangan
dari dunia sebenar. Sedih kalau melihat ada ibu bapa yang mengurung anak mereka
di rumah dan memisahkan mereka dari realiti kehidupan.
7. Kalau
ada rezeki, bawalah anak-anak untuk mengikuti terapi pertuturan dan cara
kerja. Ini sangat membantu perkembangan anak-anak kita, bahkan kita juga
beroleh manfaat yang sama.
Ibu bapa
akan lebih memahami cara melaksanakan intervensi di rumah nanti dan tahu kenapa
kita lakukannya.
Di sini
juga boleh kita nyatakan objektif yang perlu dicapai oleh anak untuk satu
tempoh tertentu. Yang pasti adalah sasaran kita tidaklah terlalu tinggi.
Maklumlah budak baru hendak menyebut satu dua patah perkataan hari ni.
Penghujung minggu nanti kita sudah hendak dia buat ayat lengkap. Mana boleh
macam itu?
8. Sertai sokong
kumpulan yang ada dalam media sosial atau kawasan kita berada. Ini sangat penting
untuk kesihatan mental kita dan anak.
Mempunyai
anak istimewa memang memenatkan; setiap
hari pasti diuji. Sekurang-kurangnya kita adalah tempat meluah dan meminta
pandangan.
Anda jangan
bersedih. Tuhan menduga kita dengan kelahiran yang berbeza tetapi hidup
bersama,
Sedar tak
kita? Kita berada di bawah langit dan memijak bumi yang sama. Kerana apa?
Sebab Tuhan hendak kita supaya dekat dengan-Nya, saling menyintai, menyayangi dan menjaga antara satu sama lain hingga ke akhir waktu dan bertemu kembali di sana nanti sebagai keluarga yang sempurna.
Menjengah Facebook Firdauz Abddullah sebanyak 28 komen telah diberikan oleh netizen, selain mendapat 228 tanda suka dan 12 perkongsian .
Hari
Kesedaran Autisme Sedunia disambut pada 2 April setiap tahun bagi meningkatkan
kesedaran masyarakat agar lebih peka terhadap individu yang menghidap autisme.
Menurut statistik
sehingga 30 Jun 2022, sebanyak 36,601 individu disahkan menghidap austisme di
Malaysia dan daripada jumlah itu didapati 24,748 individu terdiri daripada golongan
kanak-kanak di bawah umur 12 tahun (lapor Astro Awani 10 September 2022).
Selamat
menyambut Hari Kesedaran Autisme Sedunia 2023. - KitaReporters
Sumber:
Facebook
Firdauz Abdullah
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-berhasrat-tubuh-lebih-banyak-ppdk-hfa-fokus-anak-autisme-rina-380365