Mantan Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma, bersama anaknya, Nomcebo yang berkahwin dengan Raja Msawati 111 baru-baru ini.


BAPANYA, Jacob Zuma, adalah mantan presiden Afrika Selatan. Kini anaknya, Nomcebo Zuma, 21, menjadi isteri kepada Raja Msawati III, raja negara Eswatini, dulu dikenali sebagai Swaziland, sebuah negara di benua Afrika.

Seronok anak bekas presiden itu berkahwin dengan Raja Mswati III yang berusia 56 tahun. Tetapi Nomcebo bukan isteri pertama, kedua atau ketiga tetapi isteri ke-16. 

Raja Mswati memang dikenali sebagai raja yang mempunyai koleksi ramai isteri.

Ibu Nomcebo ialah Nonkululeko Mhlomgo yang turut meraikan upacara perkahwinan anaknya yang diadakan penuh tradisi di kampung diraja Ludzidzini di Lombamba, pada minggu pertama September. 

Lebih 5,000 rakyat berkumpul untuk menyaksikan acara bersejarah itu.


Nomcebo Zuma (kiri) menari tarian buluh pada upacara perkahwinannya dengan Raja Mswati III di Lombamba.


Meraikan perkahwinannya, Nomcebo menari tarian buluh. Ini merupakan upacara tradisional kewanitaan di mana wanita muda berkumpul untuk menyanyi dan menari untuk raja dengan dada terdedah.

Nomcebo mendakwa dia mengahwini Raja Mswati III atas dasar cinta. Raja itu secara keseluruhannya telah berkahwin sebanyak 15 kali. 

Jurucakap istana, Alpheous Nxumalo, menafikan perkawinan itu sebagai satu ikatan politik.

Katanya, sekali pun terdapat perbezaan umur ketara antara Nomcebo dan Raja Mswati III, tiada apa yang menghalang jika kedua-duanya saling cinta mencintai, walau pun jika perbezaan umur mencecah sehingga 100 tahun.

Untuk rekod, mantan Presiden Zuma, yang memimpin Afrika Selatan dari 2009 hingga 2018, bersaudara dengan Raja Mswati III melalui perkahwinan anggota keluarga. 

Dia berundur daripada jawatan presiden kerana menghadapi tuduhan rasuah berhubung jual beli senjata.


Raja Mswati III (depan) memerintah Eswatina (Swaziland) sejak 38 tahun lalu.


Raja Mswati III memang dikenali suka ‘pucuk muda’ dalam koleksi isterinya. Menurut laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC) sebelum ini pada 2005, Raja Mswati III mengambil Phindile Nkambule yang berusia 17 tahun sebagai isterinya ke-13. 

Raja Msawati memerintah Eswatini (Swaziland), negara yang mempunyai 1.2 juta penduduk, sejak 1986, bererti 38 tahun menduduki takhta. 

Hobinya memilih wanita lebih muda untuk dijadikan isteri kini telah mengumpul 16 isteri. Walaupun kini Nomcebo adalah yang ke-16 dan terkini, tidak mustahil selepas ini raja itu akan mengahwini yang ke-17. 

Raja Mswati III yang memerintah secara mutlak. Para pengkritik menyifatkan dia raja yang hidup serba mewah berfoya-foya dengan isteri-isterinya sementara rakyat hidup dalam kesusahan dan penderitaan. 

Caranya menangani puak yang menentang juga mendapat krtikan ramai.


Eswatini atau dahulunya Swaziland, dikelilingi oleh Afrika Selatan dan bersempadan dengan Mozambique.


Untuk rekod, Eswatini adalah negara tiada lautan atau ‘landlock’. Ia dikelilingi oleh Afrika Selatan dan bersempadan dengan Mozambique. Negara itu dilapor mempunyai kadar jangkitan HIV/AIDs tertinggi di dunia.

Terdapat hubungan tradisi yang erat antara Eswatini dan monarki Zulu di Afrika Selatan. Raja Zulu sekarang, Raja Misuzulu kaZwelithini, adalah anak saudara kepada Raja Mswati III.

Raja Zulu ini juga tidak ubah seperti Raja Mswati III kerana mempunyai ramai isteri dan mempunyai sekurang-kurannya 20 orang anak. 

kaZwelithini yang berusia 82 tahun dihormati dan disanjung penyokongnya kerana mempertahan kebudayaan dan kepercayaan tradisi Zulu. 

Perkahwinan Nomcebo dengan Raja Msawati III akan mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan antara mereka. - KitaReporters

13
19
0
10
0

Copy Link: