Video| Pertandingan cover lagu Raya Sehati Sedondon! Amar Amran feat Jamal Abdillah! Hadiah RM10k!
Published bySebagai seorang usahawan, Amar tidak hanya mahu menjual pakaian, tetapi juga mempromosikan nilai kekeluargaan melalui konsep pemakaian sedondon yang sinonim dengan jenama butik miliknya.
BERMULA dengan suka-suka akhirnya menjadi kenyataan. Itulah yang berlaku kepada Amar Amran, pemilik jenama fesyen terkenal berjaya menghasilkan single bersama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah sempena Hari Raya Aidilfitri kali ini.
Lagu yang diberikan nama “Raya Sehati Sedondon” mendapat sentuhan komposer prolifik Apak Harry Khalifah dan lirik ditulis oleh Ajim Maze dan Amar sendiri sememangnya dicipta khas untuk penyanyi bersuara emas itu.“Saya tidak pernah terfikir untuk menceburi bidang seni suara dan mempunyai lagu sendiri atau mengikut trend semasa, sebaliknya, yang terjadi adalah takdir dan tidak salah untuk saya mencuba satu bidang yang baharu.
“Lebih bahagia apabila pelawaan itu disambut penyanyi berkenaan dan bersetuju untuk berduet bersama,” katanya berkongsi perjalanan mengenai penyediaan lagu raya berkenaan.

Kongsinya lagi, perkenalan dengan penyanyi hebat itu bukanlah baharu tetapi sudah lama kerana pernah bekerjasama dalam bidang perniagaan.
“Jamal merupakan penyanyi idola saya. Setiap kali jumpa dia, saya akan nyanyikan beberapa rangkap lagu dan dia pun akan layan, sambung nyanyi lagu tersebut yang disudahi dengan derai ketawa,” ujarnya sambil menjelaskan situasi itu memberi kekuatan kepada untuk terus berduet bengan penyanyi kesayangan ramai.
Bagaimanapun Amar memberitahu pada awalnya, dia bimbang keputusan yang dibuat akan merosakkan lagu ini namun penyanyi lagu Azura itu memberikan keyakinan kepadanya untuk terus berkarya.

Sempena pelancaran lagu tersebut, Amar turut menganjurkan Pertandingan Cover Lagu ‘Raya Sehati Sedondon’ dengan tawaran hadiah keseluruhan bernilai RM10,000.
“Caranya mudah saja, mana-mana peserta lelaki atau wanita yang berumur 15 tahun ke atas layak untuk menyertai Pertandingan Cover Lagu “Raya Sehati Sedondon” yang bermula sejak 25 Februari 2025 lalu.
“Juara pertandingan ini akan menerima hadiah bernilai RM5,000 iaitu duit raya RM3,000 berserta baju raya Amar Amran yang bernilai RM2,000, manakala empat kedua pula akan menerima duit raya bernilai RM1,000 dan pakaian koleksi Amar Amran bernilai RM1,000.
“Tempat ketiga pula akan diberi wang tunai RM500 bersama pakaian bernilai RM500. Untuk pemenang keempat hingga ke-10, masing-masing akan mendapat baju raya bernilai RM300,” katanya lagi.

Justeru, orang ramai yang berminat boleh mendapat maklumat lanjut dengan mengikuti TikTok dan Instagram @amaramran.my dan @amar.amran.a