Video| Lagi perkahwinan fantastik! Mahar berupa rumah, tanah hampir RM1j! Juga kereta, emas, wang!
Published bySatu lagi perkahwinan fantastik berlaku di Indonesia. Kali ini menyentuh mahar atau mas kahwin yang luar biasa.
Maharnya membabitkan seluruh harta meliputi rumah dan tanah pertanian bernilai Rp3 milyar atau sekitar RM955 ribu milik pengantin lelaki.
Dr Nur Hidayat Cahyono, 58, seorang ketua kampung atau ketua desa (kades) Desa Simbatan, Kecamatan Nguntoronadi di Magetan, Jawa Timur bernikah dengan wanita pujaan hatinya, seorang janda bernama Sukatin, 45, pada 1 Mac 2024 di Masjid Kecamatan Nguntoronadi.
Bahagia membuatkan Nur Hidayat sedia memberi mahar berupa rumah dan tanah pertanian miliknya kepada isteri.
Selain rumah dan tanah ladang yang bernilai kira-kira RM955 ribu itu, turut diberikan ialah sebuah kereta, motosikal dan basikal.
Turut disertakan juga satu set alat solat berkualiti, sejumlah perabut rumah, emas tulen 25 gram dan wang tunai Rp100 juta (RM32,000).
Perkahwinan fantastik ini tular dalam pelbagai media sosial dan media elektronik di Indonesia.
"Betul, itu saya yang viral menikah dengan mahar seluruh harta benda saya," kata Nur Hidayat kepada portal detikJatim, pada Rabu, 6 Mac 2024.
Menurut Nur Hidayat, mahar perkahwinan sedemikian dipersetujui kedua-dua anaknya.
Lelaki yang sudah mempunyai dua cucu ini bercerai mati dengan isterinya kira-kira dua tahun lalu. Harta sepencarian dengan isteri terdahulu sudah diserah kepada anak-anaknya.
Anak yang tua sudah berkahwin dan mempunyai dua anak, sementara yang bongsu masih bersekolah.
Pada dalam masa yang sama, Nur Hidayat menguruskan perniagaan dan membeli sejumlah hartanah.
Jadi menurutnya, tiada masalah dia menyerahkan harta yang dimiliki untuk isteri baharunya yang akan hidup sepanjang hayat dengannya.