Video| Siapa yang salah? Jalan jadi sesak! Agak-agaklah nak merajuk! Ini sampai jem jalan dibuatnya!

Published by
KitaReporters


Biasa kita dengar dan lihat perempuan memang kuat merajuk. Pantang silap sedikit, mati akal dibuatnya nak memujuk.

Seperti video tular dalam TikTok yang mula disebarkan dalam laman sosial lain menunjukkan seorang wanita menjadi perhatian ramai apabila dirakam berjalan kaki di jalan raya sambil diekori sebuah kereta.



Dalam dua video dimuat naik oleh dua pengguna TikTok, kelihatan sebuah Proton Waja mengekori rapat seorang wanita berbaju kurung sehingga  mengganggu kelancaran lalu lintas.

Video yang mula-mula dimuat naik oleh Fiedha Coway dan Khaerulmissa itu mencetus pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya. 

Ada yang terhibur dengan gelagat wanita berkenaan dan dalam masa sama ada yang mengecam tindakannya kerana menyebabkan kesesakan akibat tindakan si kekasih yang cuba mengekorinya dengan kenderaan dipandunya.



"Masalahnya yang belakang pun reda je memandu perlahan... Tu dia punya merajuk boleh jalan dari Perlis sampai Johor Bahru... Ni kalau polis tanya, dengan polis kena 'sound' ni," antara komen warganet.

Namun perlu diingat! Merajuk sekalipun, biarlah berpada. Jangan sampai menyusahkan orang lain. Nanti berlaku kemalangan atau kejadian tak diinginkan siapa yang susah? Siapa yang salah? - KitaReporters



12
10
0
7
0

Copy Link: