Mengejutkan! Jumlah ibu tunggal Terengganu meningkat dalam tempoh 3 tahun? Dari 35k kepada lebih 43k!
Published byYayasan Pembangunan Keluarga Terengganu sebuah agensi kerajaan negeri yang menjaga hal ehwal keluarga
PENINGKATAN kes penceraian dalam kalangan pasangan masyarakat Islam di Negeri Terengganu amat serius dan membimbangkan yang menyebabkan ramai wanita menjadi status ibu tunggal.
Ini sekali gus bukan sahaja menimbulkan masalah sosioekonomi penduduk tetapi menjadi cabaran kepada pihak berkuasa negeri.
Ketika ini bilangan ibu tunggal di Terengganu meningkat sehingga hampir 10,000 orang dalam tempoh tiga tahun berdasarkan statistik terbaharu yang direkodkan Kerajaan Terengganu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ibu tunggal
Zuraida Md Noor
Perkara itu turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor yang mendedahkan bahawa peningkatan kes kepada 43,471 orang pada tahun 2020 berbanding sekitar 35,000 orang pada 2018 amat mengejutkannya.
Katanya, fenomena tersebut merupakan antara segmen atau sasaran paling dekat dengan ADUN Wanita dan ia satu cabaran bagi saya sendiri.
Sebab itu, beliau berkata, banyak usaha dijalankan antaranya
melalui pencegahan dan pemulihan termasuk menumpukan isu membabitkan nafkah,
pengabaian, dera dan sebagainya.
"Kadang-kadang, apabila terjadi perceraian pasti akan berlakunya pengabaian anak-anak dan nafkah.
"Pada peringkat negeri, kita ada kelab ibu tunggal di 32 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu dan dipantau rapi oleh di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK)," kata ADUN lantikan ini.
Ibu tunggal Terengganu mengikuti program anjuran kerajaan negeri
Beliau berkata, kerajaan negeri berusaha menangani isu tersebut dengan dua keadaan iaitu mencegah dan memulihkan termasuk penjagaan kebajikan dan perlindungan mangsa.
Menurutnya, kerajaan negeri melalui Urus Setia Wanita Terengganu (USWa)
menyediakan modul kemahiran dalam mengurus kewangan dan pendidikan
berikutan banyak juga perceraian disebabkan oleh kewangan serta program kesedaran
buat wanita dalam undang-undang bagi memberdaya wanita di Terengganu
"Kita turut menyarankan supaya dalam khutbah disebut juga peranan suami sebagai usaha memberi kesedaran kepada kaum lelaki dalam memberi nafkah anak-anak dan menjaga kerukunan rumah tangga selain mengadakan kempen melalui program Second Honeymoon oleh YPK,” katanya.
Promosi bantuan untuk ibu tunggal di Terengganu
Selain itu,katanya, bantuan kebajikan juga cukup banyak yang disalurkan kepada golongan wanita.
"Bermula Januari 2023 sehingga sekarang, kita melaksanakan gerak
kerja menunaikan Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh kerajaan negeri,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri mahu mengamalkan konsep negeri berkebajikan supaya rakyat merasai nikmat yang Allah SWT kurniakan di Terengganu ini seperti royalti dan apat salurkan kepada rakyat yang memerlukan.
ADUN Wanita itu menambah, agenda membangunkan wanita perlu seiring dalam membangunkan peribadi lelaki yang bertanggungjawab.
"Hari ini, keadaan anak-anak muda kita cukup rapuh. Apabila diuji perkahwinan awal usia mereka sering mengambil jalan singkat untuk bercerai. Kita tidak mahu perceraian terus berleluasa," ujarnya. - KitaReporters