Video| Bapa panik! Anak perempuan diculik! Rupanya dirancang anak! Nak elak kahwin pilihan keluarga!

Published by
KitaReporters


BAPA mana yang tidak terkejut anak perempuan yang disayang dan dijaga sejak kecil tiba-tiba dilarikan orang yang tidak dikenali.

Itu yang menyebabkan seorang bapa di daerah Sircilla, Telangana, India cuba mengejar semula individu yang melarikan  anak gadisnya  yang berusia 18 tahun diculik di hadapan matanya sendiri.


Lagi kisah-kisah jenayah berkaitan kejadian penculikan


Memetik laporan thenewsminute.com, insiden berkenaan yang berlaku pada awal pagi 20 Disember 2022 lalu itu terjadi dalam sekelip mata dan mengejutkan si bapa.

Seorang lelaki yang menggunakan kereta mendekati mereka berdua sebelum penculik tersebut keluar daripada kereta  manakakala seorang lagi bertindak mengheret mangsa untuk masuk ke dalam kenderaan.



Terkejut diperlakukan sedemikian si bapa tadi cuba mengejar kereta berkenaan namun dihalang oleh dua lagi individu yang tidak dikenali .

Namun si bapa bersama keluarga lain tidak mengalah sebaliknya terus membuat laporan polis mengenai kes anak gadisnya yang dikenali Goli Shalini yang diculik lelaki tidak dikenali.



Namun alangkah terkejut si bapa apabila hasil siasatan polis mendapati individu yang menculik gadis berkenaan sebenar mempunyai hubungan dengan mangsa dan didakwa mereka pernah kahwin lari sebelum ini.

Malah Goli sendiri akhirnya mengeluarkan sebuah video menerusi media sosial menerangkan kisah yang sebenar. Wanita itu mengakui  penculikan tersebut sebenarnya  telah dirancang bersama suaminya, Katkuri Gyaneshwar.



Goli mendedahkan lakonan diculik berkenaan sengaja dibuat bagi mengelakkan dirinya dikahwinkan dengan lelaki pilihan keluarga.

Malah Goli mengakui dia sebelum ini berkahwin secara kahwin lari selepas percintaannya dengan Gyaneshwar atau yang dipanggil  John sejak empat tahun lalu tidak direstui keluarga.

Malah tanpa berfikir panjang demi membuktikan cintanya, Goli mengakui dia nekad untuk terus bersama lelaki yang  dicinta dan mereka berkahwin secara kahwin lari tanpa pengetahuan pihak lain.

Bagaimanapun pada masa sama, keluarganya telah membuat pilihan untuk mengahwinkan Goli dengan lelaki yang mempunyai kedudukan sama dengan keluarganya.



Bagaimanapun Goli kini mengakui selepas membuat pendedahan sebenar dia berdepan tekanan hebat daripada keluarga yang mahu mengancam nyawa kerana tindakanya yang meninggalkan keluarga dan berkahwin dengan lelaki pilihan.

Malah wanita muda itu buntu dan berharap untuk mendapat perlindungan keselamatan daripada pihak berkuasa.

Inilah padah kerana tidak berfikir panjang, bukan sahaja memalukan keluarga tetapi semestinya hubungan kekeluargaan juga terjejas. - KitaReporters


10
15
0
7
0

Copy Link: