Berita Terkini| Bomba Jitra bantu pindah wanita obes 300kg ke hospital Alor Setar! Guna lori!
Published byKAKITANGAN Hospital Jitra dibantu oleh anggota bomba memberi bantuan kepada wanita obes dengan menaiki sebuah lori Isuzu untuk dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 16 Jun 2021. - Kredit foto: JBPM Kedah
Bomba dan Penyelamat Jitra memberi khidmat ihsan bagi membantu memindahkan seorang pesakit wanita obes (kegemukan keterlaluan) dengan berat badan mencecah 300 kilogram di Hospital Jitra pada Rabu, 16 Jun 2021.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan
Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan
Mohd Zain berkata, khidmat itu digerakkan ke hospital itu sebaik menerima
panggilan kira-kira 9.52 malam.
“Sebaik sepasukan anggota dari Balai Bomba dan
Penyelamat Jitra tiba kami terus membantu mengangkat dan memindahkan wanita
berusia 42 tahun itu dengan menaiki sebuah lori Isuzu.
"Operasi pemindahan selesai pada jam 11.14 malam dan pesakit selamat dimasukkan ke dalam wad untuk terima rawatan," katanya seperti dipetik oleh Astro Awani pada Khamis, 17 Jun 2021
Turut mengiringi pesakit berkenaan adalah petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga tiba di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter