Terima kasih! Bahayakan nyawa demi keselamatan orang ramai!
Published bySANGGUP membahayakan diri sendiri demi memastikan pengguna jalan raya yang lalu di kawasan tersebut selamat. Itulah tindakan berani daripada suami Mishmiera yang harus diberi pujian. Bukan semua orang berani lakukan demikian apatah lagi ia berlaku di atas 'highway' weii!!!! : KitaReporters
Video yang dikongsi oleh Mishmiera dalam akaun Twitter miliknya itu memperlihatkan sifat tanggungjawab seorang lelaki. Tengok, bukan semua lelaki tak bagus ok!!!!! Cewahhh.
"Sayang baik-baik sayang."
Kredit video Twitter Mishmiera
Seperti kita tahu, serpihan tayar ini sering kita terlihat di atas jalan raya dan ya amat bahaya terutama bagi pununggang motosikal.
Terima kasih kerana tolong alihkan serpihan tayar tersebut.
Kita tak tahu apa akan terjadi jika tak dialihkan apatah lagi ketika itu waktu malam.
Tindakan suaminya itu mendapat pujian netizen malah ada juga meminta mereka menelefon pihak PLUS demi keselamatan.
Disebabkan ramai prihatin tentang keselamatan, Mishmiera telah tweet dan memberitahu keadaan terkawal serta kenderaan ketika itu juga tidak begitu banyak.
Dalam bebenang tweetnya, Mishmiera beritahu bahwa itulah sifat suaminya yang suka membantu bukan sahaja kepada manusia malahan terhadap haiwan.
Waduhh, bagusnya suami anda, untung isterinya!!!
Namun di sebalik cerita gembira di atas, terdapat juga sedikit perasaan hiba apabila membaca tweet terakhir daripada Mishmiera itu.
Mungkin rezeki yang dipinta belum tiba, TUHAN hadirkan dahulu rezeki lain agar bila sampai masanya, akan hadir cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga. - KitaReporters