KESUNGGUHAN penyanyi dan pelakon Kilafairy, 28, untuk berhijrah sepenuhnya selepas berhijab terbukti apabila dia telah memadamkan foto-foto seksinya dalam semua laman sosialnya dan menggantikan dengan gambar-gambar bertudung.  Dia benar-benar beristiqamah dan bersyukur kerana menyertai grup WhatsApp ‘Road To Jannah’ di mana ahli-ahlinya "mengajak" ke arah menjadi insan berakhlak terpuji. : KitaReporters

Kilafairy mula berhijab sejak 27 Mei 2020. - Kredit foto: IG Kilafairy official


Kilafairy mula meninggalkan berpakaian seksi sejak awal tahun 2020 ini dan pada mula memakai tudung hanya sekadar mencuba berhijab sepanjang bulan Ramadan.

Namun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia mempunyai banyak masa untuk beristiqamah dan mendapat sokongan rakan-rakan dalam grup WhatsApp ‘Road To Jannah’ untuk benar-benar menjadi wanita Islam lebih berakhlak terpuji.

Kilafairy bersama ayahnya Jahangir Khan


Kilafairy atau nama lengkapnya, Syakila Nisha Jahangir Khan, 28, memutuskan terus berhijab pada hari raya kelima, 27 Mei 2020.

Perubahan drastik Kilafairy turut mengejut, tetapi mengembirakan ayahnya Jahangir Khan dan ibunya, penyanyi veteran Rohana Jalil.

Kilafairy bersama ibunya Rohana Jalil


Kilafairy percaya niat yang baik mempermudahkan hatinya untuk  mengenakan hijab. Dia membulatkan tekad berhijab tanpa tekanan mahupun paksaan sesiapa.

Dia berharap keputusannya itu tepat dan kekal hingga ke akhir hayat memandangkan usianya semakin meningkat. 

Semoga penghijrahan ini mendapat keberkatan. Apa yang lebih diharapkan dia kekal istiqamah. - KitaReporters

Kilafairy kini selesa dengan penampilan baru

.

1
1
0
0
1

Copy Link: