Tempah maut telan ular kapak berbisa! Pekerja ladang mati lidahnya dipatuk! Akibat anafilaksis!
Published byKedudukan Astrakhan di Rusia. - Kredit foto: Peta Google
SUDAH tahu ular itu berbisa, kenapa menempah maut bermain dengan reptilia beracun itu? Inilah padah yang diterima oleh seorang pekerja ladang tembikai di Rusia. Dia mati akibatnya lidahnya digigit seekor ular kapak (viper).
Kejadian berlaku di sebuah ladang tembikai di kawasan Astrakhan, Rusia pada 25 September 2021 lalu.
Lelaki berusia 55 tahun yang namanya tidak dinyatakan, dikatakan mahu menunjuk kepada kawan-kawannya dia berani menelan ular berbisa.
Di samping itu dia berbuat demikian untuk menghiburkan rakan-rakannya yang penat bekerja. Dia tidak kisah perbuatan yang dilakukan adalah berbahaya dan boleh mengundang maut.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ular
AKSI pekerja ladang tembikai di Rusia 'menelan' ular kapak berbisa (kiri). Dia kesakitan selepas ular tersebut menggigit lidahnya (kanan).- Kredit Daily Mail.
Memetik laporan Daily Mail, pada hari
kejadian, lelaki yang dikenali sebagai ‘penelan ular’ itu menunjukkan kepada
kawan-kawan bagaimana dia menelan ular kapak hidup-hidup.
Pekerja ladang tersebut masukkan ular kapak itu ke dalam
mulut sehingga sampai ke tekak. Selepas menelan, dia mengeluarkan kembali ular
tersebut dan memasukkannya semula. Dia berbuat demikian tiga kali.
Pada kali pertama tiada masalah berlaku. Begitu juga pada
kali kedua. Kawan-kawan juga terhibur dengan aksinya dan memuji keberaniannya
menelan ular beracun.
Namun malang, pada percubaan ketiga dia membuat aksi
tersebut, ular berkenaan mematuk lidahnya menyebabkan dia menanggung kesakitan
akibat bisa ular tersebut.
Meski pun ular kapak beracun, gigitan reptilia itu biasanya tidak menyebabkan kematian. Namun dalam kejadian ini, kesannya ketara selepas patukan dan terbukti membawa padah.
PEKERJA ladang menunjukkan kepada rakan-rakannya dia menelan seekor ular kapak.
Apabila kesakitannya semakin serius, pekerja ladang kemudian itu dibawa ke Hospital Kharabalinskiy untuk rawatan. Hasil pemeriksaan mendapati lidah dan tekak mangsa membengkak kerana kesan alergi.
Ternyata gigitan telah memberi kesan dan bisa ular sudah meresap. Pihak hospital mengesahkan pekerja ladang tersebut menderita akibat anafilaksis.
Anafilaksis disebabkan oleh reaksi alergi yang teruk. Ia akan menyebabkan penurunan tekanan darah secara drastik sehingga aliran darah ke seluruh tubuh terganggu. Akibatnya berlakulah gejala seperti sukar bernafas, selain tahap kesedaran menurun.
Disebabkan masalah anafilaksis ini, lidah pekerja ladang itu
tidak boleh memasuki mulutnya semula. Dia juga menghadapi masalah kesukaran
bernafas. Pelbagai usaha dilakukan oleh doktor untuk menyelamatkan nyawanya
tetapi gagal. Petani itu akhirnya mati.
Difahamkan, ular kapak seperti yang ‘ditelan’ oleh lelaki berkenaan memang banyak terdapat dalam kawasan ladang tembikai di mana lelaki tersebut bekerja. Namun menangkap dan bermain dengan ular berbisa itu bermakna sengaja menempah maut. - KitaReporters
SENGAJA menempah maut... Lelaki pekerja ladang menelan ular kapak yang akhirnya membawa kematiannya.