Apakah kita berasa bahagia dan selesa bila mana dicap sebagai pemalas atau berat tulang? Pastinya kita tidak suka dan tidak mahu!! Dalam zaman moden ini kita akan menjumpai pelbagai jenis orang dan fiil manusia. Hakikatnya Allah sengaja menciptakan jenis-jenis kehidupan yang pelbagai agar dunia ini bervariasi serta tidak bosan. Ada miskin, kaya, cantik, hodoh, rajin, malas dan bermacam lagi. : KitaReporters


Ketahuilah jika kita ditakdirkan hidup dalam keadaan kemiskinan itu tidaklah bermakna kita seorang yang malas. 

Namun jika kita hidup dalam keadaan bermalas-malasan sudah pastinya kita senantiasa dalam suasana kemiskinan yang berpanjangan.

Orang berketurunan Asia ini sememangnya terkenal dengan sifat rajin, sehinggakan istilah kemalasan itu bagaikan tidak pernah wujud dalam kamus kedidupan darah berketurunan Hang Tuah dan Hang Jebat lima bersaudara ini. 

Tetapi agak sedikit mengecewakan jika ada segelintir golongan tertentu sengaja menjadikan kemalasan ini sebagai platform menimbulkan rasa simpati golongan bangsawan unruk membantu hingga gagal menguruskan diri dan tempat kediaman.

Perlukah kita bersikap sedemikian rupa!?

Dalam posting yang dimuat naik oleh Mufti Perlis, Prof Dato' Dr Mohd Asri Zainal Abidin atau lebih dikenali Dr MAZA berasa sedikit terkilan dan sedih terhadap individu yang mengambil remeh soal kebersihan biarpun berkeadaan miskin dan daif.

Jelasnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diwartakan kerajaan selama dua bulan lalu tidak memungkinkan kita untuk gagal membersihkan kawasan rumah dan persekitaran memandangkan batas pergerakan yang tidak ke mana-mana.

Asri yang tidak bermaksud untuk menghina keadaan kemiskinan dan kedaifan golongan sasaran itu terasa terpanggil untuk menegur sikap acuh dan tidak acuh berkaitan kebersihan dan keselamatan golongan tersebut.

Perkara yang telah dipendam begitu lama akhirnya terpaksa diluahkan menerusi tulisan kepada khalayak untuk dijadikan ikhtibar agar perkara sebegitu tidak berulang dan menjadi isu yang seharusnya peka oleh semua individu termasuk asnaf.

Apakah kita perlu menunjukkan sikap malas kita tidak menguruskan soal kebersihan dengan teliti demi menimbulkan rasa enpati sesiapa yang melihat, agar tidak terlepas dari menerima bantuan??


Terdahulu dia yang bersama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail mencemar duli dalam aktiviti kayuhan Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) Peduli yang bertujuan menyantuni asnaf dan mengambil tahu keperluan serta bantuan untuk mereka.

Kali ini dia tampil dengan lantang menegur keadaan persekitaran rumah golongan sasar yang gagal diuruskan dengan baik padahal untuk menguruskannya dan membersihkan tidak memerlukan belanja yang besar sekadar menggunakan tempoh PKPB itu untuk menyelesaikannya secara tertib.

Dengan sikap malas yang menyelubungi diri, kedaifan dan kemiskinan terlihat seperti tidak terurus hanya mengejar bantuan sahaja.


Ikuti luahan Dr MAZA dalam postingnya :

"Mohon maaf, kali ini saya ingin meluahkan rasa yang terpendam selama ini, dukacita dan sedih, terdapat rumah asnaf yang miskin yang kami lawati begitu kotor halaman dan kawasan rumah mereka.

"Padahal, untuk mencuci atau membersihkan sampah sarap tersebut, tidak memerlukan belanja, cuma perlu sedikit kerajinan.

"Bayangkan, walaupun mereka tahu bahawa rombongan bersama DYTM Raja Muda akan ke rumah mereka untuk memberikan wang sumbangan, tapi tiada sedikit pun usaha untuk membersihkan kawasan rumah sendiri sedangkan tubuh masih sihat.

"Lebih daripada itu, tempoh PKP dan PKPB sekitar 2 bulan mereka sentiasa di rumah, gagal dimanfaatkan untuk kemaslahatan diri sendiri". Jelasnya pilu.

Selain itu Asri juga memberitahu kemiskinan yang membelenggu seolah-olah dijadikan identiti agar membolehkan segala bantuan tidak terlepas tanpa perlu bekerja keras dan bersusah payah.


Gambaran kemiskinan dan kesusahan yang ditanggungnya itu seakan-akan terasa selesa tanpa memikirkan musibah lain yang bakal dihadapi terhadap diri dan orang yang menziarahi.

Ada juga manusia yang berfikiran pasif dan kolot seperti ini!? Allahu 

Menurut mufti itu, dia amat memuji asnaf dan golongan sasar yang berusaha kepada kehidupan yang lebih terkehadapan dan cemerlang dengan bantuan yang disalurkan.

Namun ada juga yang tidak bersyukur dengan mengotorkan hasil pemberian majlis agama sewenang-wenangnya tanpa memelihara serta menulihara baik dan itulah yang terlalu mengecewakan sesiapa yang memandang.


"Lalang dan rumput di keliling rumah tidak dipotong.

"Sampah-sarap menghiasi dalam dan luar rumah

"Kerjanya hanya bersandar menunggu bantuan, tubuh masih sihat, tapi mempunyai pelbagai alasan.

"Demikianlah kemalasan mencengkam kehidupan mereka sehari-harian", katanya.

Perkara ini memang merobek perasaan kita sendiri namun, suka atau tidak, kita kena akur bahawa ada ‘melayu yang malas’.

Dalam masa yang sama, juga memang akur ramai juga Melayu yang rajin dan berjaya kita tidak boleh menyanggah!

Atas sebab musabab ini jugalah kita gagal dan mundur dalam bersaing dengan pihak lain.


"Sebenarnya, memerangi kemalasan itu adalah tanggungjawab kita dalam beragama.

“Jika seseorang kamu mengambil talinya, kemudian membawa satu ikatan kayu api di atas belakangnya lalu menjualnya, - dengan sebab itu Allah memelihara maruahnya- maka itu lebih baik daripada dia meminta-minta kepada manusia, sama ada mereka memberikannya atau tidak,” ujarnya sambil memetik potongan hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik.

Jangan tidak tahu, menentang kemalasan juga adalah suatu jihad yang terpuji yang diunjurkan dalam Islam. 

Apakah tanda kita waras dan sihat penyebab kita perlunya bermalas-malasan dan mengharapkan bantuan bangsawan??

Fikir dan renungkanlah! - KitaReporters

6
6
16
2
10

Copy Link: