ZAMAN sekarang susah mencari sahabat sejati yang sanggup harungi susah dan senang bersama! Rezeki besar sangat jika memiliki sahabat yang sangat baik dan sanggup bersama pada saat kita berdepan kesusahan dan musibah. Namun Instafamous dan usahawan terkenal Hafiz Mahamad membuktikan persahabatan yang terjalin sejak bangku sekolah tidak akan terputus selagi nyawa dikandung badan. : KitaReporters



Lagi cerita-cerita berkaitan persahabatan:

https://kitareporters.com/search?search=persahabatan


Malah Hafiz sanggup ‘terbang’ ke Kelantan semata-mata melihat sahabat baiknya, yang dikenali sebagai Loh yang berdepan masalah kesihatan akibat mengalami strok pada awal Oktober 2020. 

Inilah contoh sabahat!


Menerusi perkongsian dalam Instagram beberapa hari lalu pemilik nama sebenar Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad itu berkata dia sanggup lakukan apa sahaja demi sahabat dunia akhiratnya.

Malah dia sendiri sanggup meminta kebenaran polis untuk merentas negeri semata-mata bertemu mata dengan Loh yang kini sedang membuat rawatan di kampung halamannya.

Malah kepulangan itu adalah semata-mata memberi semangat kepada rakannya yang kerana tidak mahu rakannya itu merasakan disisih dan kesunyian.





Kongsinya Hafiz, setiap hari menjadi kewajipan kepadanya untuk menghubungi sahabat yang dikenali sejak bangku sekolah lagi .

Semua itu dilakukan bagi mengelak rakannya itu sunyi dan tertekan dengan kesakitan yang dialami.

Lebih membanggakan, Hafiz ketika tiba di rumah rakannya terus membantu membersihkan diri.

 “Hari ini bila sampai je rumah sahabat tengok dia dengan berpampers dan terbaring je, selera makan kurang badan pun semakin kurus.

“Sebaknya hati mata pun berair sebenarnya,” kongsinya yang sedih melihat penderitaan yang dialami oleh sahabat baiknya itu.



Katanya lagi, dia sedaya upaya menguruskan sahabatnya itu kerana mengenangkan janji sebelum ini.

“Saya cukur apa yang patut, bersihkan dia guntingkan rambutnya, handsome sangat dia nampak ceria sangat, Alhamdulillah,” kongsinya. 

Sebelum ini tular keakraban Hafiz dengan rakannya kerana sanggup membatalkan semua urusan pekerjaan semata-mata mahu menghantar rakannya itu ke hospital.



Terbaharu, lebih membanggakan apabila Hafiz menghadiahkan Loh dengan sebuah kerusi roda elektrik bagi memudahkan urusan rakannya bergerak.

Malah usahawan muda itu berjanji akan terus bersahabat dan tidak akan membiarkan sahabat baik itu bersendirian. "Sahabat, aku akan ada sampai penghujungnya denganmu tak aku lupa janji waktu kita kecil dulu sahabat,” katanya.

Beruntungnya miliki sabahat yang sanggup susah dan senang bersama. Inilah contoh sahabat sejati.

Ingatlah sahabat yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi… sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan.. tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tapi tanpa percintaan persahabatan  boleh kekal… Oleh itu hargai persahabatan yang terjalin.

Tahniah Hafiz kebaikan yang ditunjukkan membuatkan orang lain cemburu dengan keiklasan dalam persahabatan kalian. Semoga persahabatan ini terus kekal sehingga ke Janah. : KitaReporters


 

 

 

12
4
5
0
0

Copy Link: