Caprice minta maaf! Kepada TMJ, H2O, UEL! Terlalu ikut emosi perjuangan demi Palestin, ummah!
Published byPENYANYI rap, Caprice yang mencetuskan isu kontroversi dengan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew, akhirnya tampil memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan pihak yang terbabit dalam dakwannya `memilih kasih` dengan memberi keutamaan kepada misi bantuan kemanusiaan dijayakan oleh Ebit Lew daripada membantu dirinya untuk memasuki Gaza, Palestin.
Caprice dalam Instagram terbaharunya pada 19 Julai 2021 turut merafak sembah memohon ampun kepada Tuanku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Menteri Luar Negara, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; dan Ebit Lew sambil menyifatkan kesilapan yang berlaku itu adalah daripada dirinya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Caprice
Caprice merafak sembah mohon maaf kepada TMJ
“Salam Tuanku @hrhcrownprinceofjohor @hishammuddinhussein, ebitlew, Caprice mohon minta maaf atas kesilapan Caprice kerana terlalu emosi tentang pejuangan kita demi ummah, demi Palestine, dan demi Rakyat Malaysia. Apa yang berlaku adalah kesilapan Caprice sendiri dan tidak terlibat pihak lain,” katanya.
Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 32, turut mengucapkan terima kasih kepada DS @hishammuddinhussein, Kedutaan Malaysia dan Kerajaan Mesir kerana memberi sokongan dan bantuan serta perlindungan keselamatan kepadanya selama 24 jam sepanjang berada di negara itu dalam usahanya memasuki Palestin.
Presiden MUDAummah dan Big Boss @designbycaprice, @rinduraudahofficial, @flerrinspired, Mengaji.com/SalamJodoh, Caprice mengakui, ia kesilapan dirinya kerana terlalu ikut emosi sehingga menimbulkan spekulasi negatif dan tidak membabitkan mana-mana pihak.
Sebelum ini penyanyi rap yang juga anak seorang diplomat negara dan mempunyai album Haa Tepok, Baby Sayang dan Takut itu, mendakwa tindakan Ebit Lew dalam beberapa isu termasuk bergambar dua kali bersama anak-anak miskin Palestin dengan satu hadiah mainan sebagai`modal` mempopularkan diri Ebit Lew dalam media sosial dan tidak disenangi oleh sesetengah `rakannya` di sana yang dikatakan sebagai perbuatan mengaibkan negara.
Bagaimanapun pegawai Ebit Lew yang mengikuti rombongan itu menjelaskan dalam temu bual dengan Caprice, gambar berkenaan hanya diambil dari dua sudut berlainan dan tiada tujuan untuk memalukan mana-mana pihak.
Menjawab mempertikaikan pengurusan Facebook pendakwah itu yang `block` dirinya (Caprice), Ebit Lew secara peribadi menjawab dalam YouTube bahawa dia memang mengambil tindakan sedemikian kerana tidak mahu unsur negatif mengganggu kelancaran kerja-kerja kebajikannya.
Caprice juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada ketua rombongan misi bantuan kemanusiaan Malaysia ke Palestin, Datuk Seri Azeez Rahim yang bertindak sebagai `ayah` sepanjang mereka kenal dan membantunya menyelesaikan kemelut berkenaan.
"Caprice tidak tahu macam mana mahu membalas kasih sayang dan layanan sepanjang misi ini. Kepada semua anggota HM4P, pasukan Mercy dan Media di Mesir yang menjadi `abang` kepada saya selama 30 hari di Mesir. Tak lupa Dato Farid, Dato Razali, Dr Kassim dan Abdullah.
"Tak mampu rasanya untuk membalas jasa dan kebaikan sepanjang pengalaman ini. Terima kasih juga untuk sembang di malam hari, kasih sayang dan tunjuk ajar semua. Akhir sekali Caprice juga memohon jutaan ampun dan maaf kepada kedua-dua ibu bapa kerana bimbangkan Caprice.
"Caprice sayangkan ibu and ayah. Ketika hari pertama keluar rumah untuk berdikari di kala usia 16 tahun untuk membuatkan ibu ayah rasa bangga. Saya minta maaf kepada rakyat Malaysia dan In Sha Allah akan pulang segera selepas memenuhi beberapa janji dengan warga Palestin. Iam sorry. . Salam ❤," katanya.
Caprice yang mempunyai 1.8 juta pengikut turut menerima komen yang baik daripada teman rapatnya, antaranya seorang blogger Isa Isarb (gambar) yang berkata, "Kan senang macam itu... Come back brother, bantu orang Malaysia."
Kata-kata nasihat turut dihantar oleh pemilik produk kosmetik terkenal, Dato Seri Vida yang menyifatkan "Setiap yang berlaku ada hikmahnya... Be strong, stay save!!. Balik Malaysia buka new chapter." Sambil dipersetujui oleh pemilik Instagram dengan nama Aisar Khaledd, ada hikmah setiap apa yang berlaku. - KitaReporters
Setiap yang berlaku ada hikmahnya, Dato Seri Vida. - Kredit gambar: Rojakdaily.