Video| Tonton drama bersiri Dirilis: Ertugrul! Wanita warga emas Amerika Syarikat peluk Islam
Published byHanya kerana menonton drama bersiri seorang wanita warga emas dari Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) memilih untuk memeluk Islam dan mahu menjadi seorang Islam yang sejati. Inilah dinamakan hidayah!
Memetik laporan portal English.alaraby.co.uk, wanita yang berusia 60 tahun itu yang kini memilih nama Khadija menjelaskan dia terinspirasi dengan nilai-nilai murni yang ada dalam Islam selepas menonton drama bersiri Turki yang bertajuk Dirilis: Ertugrul sebanyak lima kali berturut-turut menerusi saluran Neflix.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan memeluk Islam:
https://kitareporters.com/search?search=peluk+islam
Drama bersiri "Kebangkitan Semula: Ertugrul" terbitan Turki yang mempunyai 150 episod arahan pengarah Mehmet Bozdag itu mengisahkan penubuhan Empayar Uthmaniyyah pada abad ke-13 di Anatolia.
“Saya
meneliti secara keseluruhan drama bersiri itu sebelum menonton, bermula dengan episod satu
lagi ia menarik perhatian saya sebelum saya teruskan menonton sehingga selesai,” ujarnya.
Dia kemudian mengulangi menonton drama tersebut sebanyak lima kali dan menyedari drama tersebut memberi pengaruh besar untuk dirinya mengenali Islam.
Malah selesai sahaja melihat drama bersiri itu, dia nekad untuk memeluk Islam menyebabkan dia terus membuat pencarian di Internet mengenai lokasi masjid yang paling dekat di kawasan kediamannya.
Sudah tertulis hidayah Allah miliknya… akhirnya dia menemui sebuah masjid kecil di kawasan kediamannya.
“Saya
terus ke masjid dan bersedia untuk memeluk Islam pada hari yang sama saya
menonton drama bersiri,” ujarnya yang mengakui dirinya sebelum itu adalah
seorang penganut agama Katolik.
Walaupun
keputusan yang dibuat itu menerima pujian ramai daripada penduduk Islam, namun
masyarakat Kristian di kawasan kediamannya mengutuk tindakannya dan menyifatkan dirinya terlalu tergesa-gesa membuat keputusan.
“Mereka menyangka saya diprovokasi oleh pihak lain sebelum membuat keputusan ini memandangkan saya tidak membincangkan perkara ini dengan sesiapa,” ujarnya.
Namun Khadija menjelaskan keinginan untuk memeluk Islam datang daripada hati yang luhur di dalam dirinya sendiri tanpa sebarang paksaan oleh pihak lain.
“Saya
tidak mengganggu kepercayaan mereka dan mereka juga seharusnya perlu
menghormati keputusan saya juga tanpa sebarang alasan," ujarnya lagi.
Semoga penghijrahan Khadija menjadi seorang Muslim mampu memberi contoh terbaik kepada masyarakat setempat. Allahuakhbar!! - KitaReporters